Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPakej 5G Rahmah: 47,000 set telefon pintar tiba minggu ini - Fahmi

    Pakej 5G Rahmah: 47,000 set telefon pintar tiba minggu ini – Fahmi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Sebanyak 47,000 set telefon pintar jenama Samsung dan Honor bagi Pakej 5G RAHMAH tiba di Malaysia minggu ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. Beliau berkata kesemua telefon pintar itu akan diedarkan ke pusat pengedaran syarikat telekomunikasi (telco) yang terlibat dalam menyediakan Pakej 5G RAHMAH.

    “Pihak telco memaklumkan ia adalah satu jumlah yang mencukupi dan mereka akan pantau untuk pastikan jumlah perananti ini terus mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Festival Sungai Klang di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur hari ini.

    Pakej 5G RAHMAH ditawarkan untuk semua rakyat Malaysia bermula 31 Ogos lepas dengan kontrak langganan selama 24 bulan. Pakej tersebut menawarkan spesifikasi asas pelan data 5G melibatkan telefon pintar jenama Samsung dan Honor berharga tidak melebihi RM240 berserta pelan pascabayar serendah RM60 sebulan dengan data minimum 60 gigabit (GB).

    Ditanya mengenai sambutan rakyat terhadap inisiatif itu, Fahmi berkata maklum balas yang diterima setakat ini adalah positif dengan ramai yang sedang meneliti pelbagai pakej berbeza yang disediakan oleh telco. “Ramai yang sangat berminat, malah ada yang bertanya jika model telefon sekian ada ataupun tiada di pasaran (di bawah Pakej 5G RAHMAH),” katanya.

    Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan kerajaan menyekat kebebasan media, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan mengulangi jaminan bahawa kerajaan tidak akan bersikap “kuku besi” dan akan terus mempertahankan kebebasan media. Katanya, tindakan hanya akan diambil sekiranya pelaporan berita mengandungi perkara yang berunsur fitnah atau maklumat palsu.

    “Saya ambil contoh sewaktu Pilihan Raya Negeri (baru-baru ini), ada satu berita yang telah diterbitkan oleh satu media tersohor menyatakan ada seorang ahli politik yang telah ditahan oleh pihak polis tetapi terbukti perkara itu palsu,” katanya.

    ALSO READ:  MCA gerakkan usaha galak orang Cina sertai perkhidmatan awam

    Sehubungan itu, beliau berharap agensi media dapat mengadakan perbincangan agar perkara seperti itu tidak berulang. “Dalam kita membuat pelaporan, menjadi yang pertama dalam mendapatkan berita sama penting dengan untuk mendapatkan fakta yang tepat,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts