Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPakej khas telekomunikasi bagi pekerja p-hailing diumum hari ini

    Pakej khas telekomunikasi bagi pekerja p-hailing diumum hari ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Khas untuk rider
    Pakej telekomunikasi istimewa akan diumumkan hari ini. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberitahu bahawa hasil perbincangan dengan ketua-ketua pegawai eksekutif syarikat telekomunikasi semalam mencapai keputusan untuk menyediakan pakej khas telekomunikasi kepada pekerja p-hailing. Kerajaan MADANI merancang inisiatif ini bagi meringankan kesulitan pekerja p-hailing.

    Beliau menyatakan bahawa Kerajaan mendengar keluhan kumpulan pekerja itu dan berharap usaha yang dilakukan kerajaan dapat meringankan kesulitan serta membantu mereka dalam menjalankan tugas setiap hari.

    Fahmi berkata, “Kerajaan memahami kesusahan abang-abang rider kita yang bertungkus lumus menghantar makanan dan bungkusan untuk semua, lebih-lebih lagi di bawah terik matahari dan hujan lebat.”

    “Ini adalah satu kemenangan kecil buat semua pekerja dalam industri p-hailing. Terima kasih riders kerana telah berkhidmat untuk kami semua selama ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

    Fahmi turut berkongsi kisah dan luahan seorang penghantar makanan Foodpanda yang juga seorang bapa kepada dua orang anak berhubung cabaran dihadapi petugas sektor itu.

    Menurut Fahmi, lelaki itu hanya meraih pendapatan kira-kira RM4,000 sebulan dengan isterinya tidak bekerja dan jumlah pendapatan itu tidak cukup bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

    “Lebih menyedihkan lagi, dah dua bulan beliau tak mampu bayar bil telefon. Ada masa terpaksa pinjam RM200 duit member (kawan) semata-mata nak bayar bil, memandangkan kegunaan telefon adalah keperluan paling penting bagi seorang rider.”.

    “Sebagai seorang ayah, saya cukup faham akan cabaran dihadapinya. Sedar tak sedar dah bersembang hampir 40 minit, tercetus idea untuk melakukan sesuatu (perkenal pakej internet khas) bagi membantu komuniti riders kita,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts