Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPalestin jadi titik mula, Zuhdi gesa pemimpin Islam buat gencatan politik

    Palestin jadi titik mula, Zuhdi gesa pemimpin Islam buat gencatan politik

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohd Zuhdi Marsuki berharap krisis di Palestin dapat membuka mata pemimpin beragama Islam di Malaysia untuk memulakan “gencatan politik”.

    Mengulas lanjut selepas kenyataannya berkenaan perkara sama semalam, Zuhdi berkata ia perlu disegerakan di saat ekonomi negara terkesan dengan krisis ekonomi global dan isu Palestin seharusnya menjadi titik mula ke arah gencatan itu.

    “Kita sedang berhadapan dengan masalah ekonomi yang besar, salah satu puncanya adalah daripada ketidakstabilan ekonomi global. Mata wang kita jatuh dengan teruk sekali berbanding dolar AS dan juga mata wang negara lain. Pelabur-pelabur sudah mula lari dan hilang keyakinan terhadap ekonomi kita.

    “Kos sara hidup rakyat semakin meningkat, sekaligus kuasa beli rakyat semakin merosot. Saya yakin semua kita sedar perkara ini.

    “Oleh sebab itu, saya menyeru semua pemimpin negara dari pihak kerajaan dan pihak pembangkang melakukan gencatan politik (political ceasefire) dan bergerak untuk duduk semeja mencari titik persamaan dan bertolak ansur pada titik perbezaan,” katanya kepada Malaysiakini.

    Semalam, Zuhdi membuat gesaan agar pemimpin beragama Islam di negara ini menjadikan isu Palestin sebagai titik pertemuan untuk mereka duduk semeja mencari persamaan.

    Dia berkata, pendirian jelas oleh kerajaan berkenaan konflik tersebut memerlukan mereka bersama-sama menongkah cabaran getir yang bakal dihadapi negara.

    Dia membangkitkan pendirian lantang yang dibuat Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dengan reaksi kuasa besar terhadap Malaysia sudah pun boleh dirasai sekarang.

    Mengulas lanjuat, Zuhdi berkata ada satu lagi masalah yang membimbangkannya, iaitu polarisasi kaum yang menurutnya kian ketara dan menyebabkan keharmonian rakyat seperti “bom jangka yang boleh meletus apabila sampai masanya”.

    Tanpa merujuk mana-mana pihak secara khusus, dia mendakwa ada kelompok tertentu yang mengambil peluang di tengah pertembungan politik untuk membuat tuntutan walaupun ia bertentangan dengan aspirasi negara.

    ALSO READ:  Tugas Sekretariat Presiden PKR 'gempur' cabang, ranting bermasalah

    “Saya menganggap, pandangan saya tersebut mewakili suara majoriti rakyat Malaysia terutama golongan B40 dan M40 yang sedang mengharapkan adanya anjakan pemikiran baru dalam kalangan peminpin-pemimpin di negara ini, sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang.

    “Mereka sangat mengharapkan persaingan politik di negara ini ke arah membangunkan negara dan mensejahterakan rakyat, bukan ke arah sebaliknya,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts