Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPalestin kecam AS veto halang keanggotaan penuh Palestin di PBB

    Palestin kecam AS veto halang keanggotaan penuh Palestin di PBB

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut keanggotaan penuh Palestin dalam PBB.

    Dalam kenyataan, Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyifatkan langkah itu sebagai “tidak adil, tidak beretika dan tidak wajar, mencabar kehendak masyarakat antarabangsa”, lapor Agensi Anadolu.

    Beliau menekankan bahawa dasar AS yang agresif terhadap Palestin, rakyatnya dan hak sah mereka merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan.

    Presiden juga menyatakan bahawa veto AS menggalakkan kesinambungan peranang genosid Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis yang diduduki.

    Beliau juga menekankan bahawa veto mendedahkan percanggahan dalam dasar AS, yang mendakwa menyokong penyelesaian dua negara terhadap konflik Palestin-Israel sambil menghalang masyarakat antarabangsa daripada melaksanakan penyelesaian ini melalui penggunaan veto berulang kali.

    Lima belas ahli majlis berkumpul di New York bagi mengundi draf resolusi yang dikemukakan oleh Algeria yang mengesyorkan kemasukan Negara Palestin untuk menjadi ahli PBB.

    12 sokong dua berkecuali

    Keahlian itu disekat selepas 12 menyokong manakala dua berkecuali, termasuk United Kingdom (UK) dan Switzerland.

    Palestin telah diterima sebagai negara pemerhati Perhimpunan Agung PBB pada 2012, yang membolehkan utusannya mengambil bahagian dalam perbahasan dan organisasi PBB tetapi tanpa undian.

    Negara-negara diterima ke dalam keanggotaan PBB melalui keputusan Perhimpunan Agung atas cadangan Majlis Keselamatan, menurut Piagam PBB.

    Resolusi majlis memerlukan sekurang-kurangnya sembilan undi memihak dan tiada kuasa veto oleh anggota tetap – AS, Britain, Perancis, Rusia atau China – untuk diluluskan.

    Permohonan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB dibuat susulan serangan maut Israel di Semenanjung Gaza sejak serangan rentas sempadan 7 Okt lepas, yang telah membunuh hampir 34,000 rakyat Palestin.

    ALSO READ:  Pesawat ‘gelong’ sebelum jatuh menjunam laju - Saksi

    – Bernama-Anadolu

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts