Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPandangan Anwar isu Palestin tarik perhatian media asing

    Pandangan Anwar isu Palestin tarik perhatian media asing

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pandangan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dalam lawatan rasmi ke Jerman terhadap situasi di Gaza menarik perhatian media asing.

    Dalam sidang akhbar bersama Canselor Jerman Olaf Scholz di Berlin, Anwar dilaporkan oleh Agensi Anadolu (AA) mengkritik negara Barat kerana kurang bertindak terhadap kekejaman Israel di Gaza tetapi mereka mengecam Hamas.

    Anwar seperti dilaporkan AA berkata negara Barat seharusnya menghentikan sikap memilih-milih dan mempunyai perasaan yang bertentangan terhadap sesuatu.

    “Apa yang saya tolak dengan keras ialah naratif ini, obsesi ini,macamlah semua masalah bermula dan berakhir pada 7 Okt. Ia tidak bermula dengan 7 Okt dan tidak berakhir dengan 7 Oktober. Ia bermula empat dekat sebelum itu, dan ia berterusan setiap hari,” katanya seperti yang dipetik AA.

    Anwar dilaporkan berkata dasar Israel terhadap Palestin yang berdekad-dekad lamanya dan kekejaman rejim itu adalah punca utama kepada konflik yang berterusan.

    Konflik yang berterusan itu mengakibatkan korban dan kemusnahan yang ketara serta Israel menghadapi tuduhan melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

    Anwar seperti dilaporkan AA berkata Malaysia mempunyai hubungan dengan sayap politik Hamas dan libat urus itu telah membantu mereka membangkitkan kebimbangan dalam kumpulan itu, termasuk keadaan tebusan.

    Beliau juga menjelaskan Malaysia tidak mempunyai hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas.

    Sementara itu Al Jazeera melaporkan Anwar mempertahankan hubungan Malaysia dengan sayap politik Hamas, sambil menambah beliau tidak akan memohon maaf di atas hubungan ini.

    “Kami tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana saluran atau sayap ketenteraan, saya telah menjelaskan perkara ini kepada rakan-rakan sejawat saya di Eropah dan Amerika Syarikat,” katanya sepertimana dilaporkan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts