Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPANDUANKINI l Modul Hadis 40 dan kesan kepada bukan Islam

    PANDUANKINI l Modul Hadis 40 dan kesan kepada bukan Islam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali lagi mencetuskan kontroversi secara tidak sengaja selepas memaklumkan mengenai rancangan memperkenalkan modul “Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi” di sekolah-sekolah. Kekurangan penerangan di peringkat awal daripada Kementerian Pendidikan dan kerajaan mengenai pelaksanaan modul perintis ini telah menyebabkan banyak kekeliruan, sehingga menimbulkan perdebatan hangat antara kumpulan beragama Islam dan bukan Islam.

    Dalam Panduankini ini, Malaysiakini meneliti lebih mendalam tentang modul “Hadis 40” dan kontroversi yang terpalit. Untuk rekod, mana-mana hadis yang diriwayatkan adalah berdasarkan terjemahan dari bahasa Inggeris seperti yang dihimpunkan oleh Muslim American Society di laman web mereka mengenai Hadis 40.

    Hadis adalah kata-kata Nabi Muhammad dan jawapannya terhadap soalan-soalan daripada umat Islam pada zaman dahulu, yang turut ditafsirkan bersama dengan al-Quran, yang berfungsi sebagai sumber panduan utama dalam Islam. Berbeza dengan al-Quran, ayat-ayat hadis bukan ditulis semasa Nabi Muhammad SAW masih hidup. Sebaliknya, ia direkodkan sebagai satu bentuk sejarah lisan berdasarkan apa yang didengari oleh golongan yang hidup sezaman dengan nabi. Oleh itu, apabila meriwayatkan hadis, ia selalu diucapkan seperti “menurut sekian-sekian, nabi bersabda…” Hadis juga diriwayatkan oleh mereka yang dianggap sebagai golongan/sahabat nabi yang boleh dipercayai atau mempunyai sanad yang dianggap sahih.

    Modul Hadis 40 bertujuan untuk mengajar pelajar dari sebuah buku hadis 40, yang menghuraikan 42 buah hadis – dikumpul dan disusun oleh pakar perundangan Islam abad ke-13 yang dikenali sebagai Imam Al-Nawawi – yang kini kekal sebagai ulama penting dan tokoh dalam mazhab Syafie’, aliran Sunnah Wal Jamaah. Muslim American Society menyatakan bahawa Al-Nawawi berusaha untuk mencipta kompilasi hadis yang komprehensif dan holistik dalam menyampaikan intipati Islam.

    ALSO READ:  Zahid lepas: Mahkamah tiada pilihan, henti bodohkan rakyat - Latheefa

    Hadis dalam himpunan tersebut kebanyakannya mengajar umat Islam bagaimana bertingkah laku, seperti tawakal kepada Allah, melakukan dan makan apa yang dibenarkan, menjauhi perbuatan yang dilarang, bersedekah, dan mengasihi antara satu sama lain. Ia juga mengandungi anekdot seperti ketika seorang lelaki meminta nasihat Nabi Muhammad, dan berulang kali diberitahu oleh nabi supaya “jangan marah”.

    Satu kritikan tentang himpunan Hadis 40, adalah berkenaan dengan hadis kelapan, yang berbunyi: “Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sem

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts