Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPapan iklan tanpa tulisan jawi dianggap tidak mesra k'jaan Perlis

    Papan iklan tanpa tulisan jawi dianggap tidak mesra k’jaan Perlis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan Negeri Perlis tidak akan mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada papan iklan, tetapi mereka yang gagal berbuat demikian akan dianggap sebagai “tidak mesra” kepada kerajaan Negeri.

    Menurut beberapa laporan akhbar Cina, ini diluahkan oleh Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.

    Bercakap kepada pemberita di Kangar semalam, Shukri berkata setakat ini pihaknya masih belum membuat peraturan untuk mewajibkan penggunaan tulisan jawi, tetapi menggalakkan mana-mana premis yang membuat papan iklan baharu supaya meletak tulisan jawi.

    “Saya menganggap jika ada premis yang masih tidak menggunakan tulisan jawi sebagai tidak mesra kerajaan Negeri,” katanya.

    Bagaimanapun, dia menasihatkan pemilik premis supaya menukar kepada yang baharu jika mendapati bendera atau gambar Raja Perlis sudah lusuh.

    “Rakyat Perlis kena prihatin kerana tahun depan adalah Tahun Melawat Perlis,” katanya.

    Katanya, sewajarnya semua rakyat mengambil bahagian memastikan Perlis cantik, bersih dan indah bagi menyambut kedatangan pelancong pada tahun depan.

    [Baca berita penuh]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts