Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesParallel pathway: UiTM harap semua pihak berjiwa besar

    Parallel pathway: UiTM harap semua pihak berjiwa besar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tetap enggan mengubah pendirian, namun Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedia memanfaatkan “pakar” yang ada dalam institusi itu bagi membantu pihak lain menyediakan tempat untuk melatih pakar pembezahan kardiotoraks.

    Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Raduan Che Rose, berkata institusi itu terikat dengan peruntukan Perkara 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) yang menyatakan bahawa ia ditubuhkan mengikut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

    Justeru, katanya, mereka tetap berpendirian kemasukan pelajar bukan bumiputera adalah bercanggah dengan peruntukan tersebut.

    Pada masa sama Raduan yang juga presiden Majlis Profesor Negara berkata, semua pihak yang terlibat dalam isu berkenaan perlu “berjiwa besar.”

    Dia juga mendakwa sebuah lagi institusi pengajian tinggi – Universiti Malaya (UM) – sudah bersedia membuka program berkenaan kepada pegawai perubatan yang layak.

    Tambah Raduan, pihak yang pakar dalam bidang tersebut di UiTM sedia memberikan bantuan yang perlu kepada UM.

    “Sama-sama kita berjiwa besar,” katanya lagi.

    Tingkat interaksi pelbagai kaum

    Terdahulu kontroversi melibatkan UiTM tercetus selepas timbul cadangan agar ia membuka pintu kepada untuk latihan teknikal pakar jantung melalui program parallel pathway kepada pegawai perubatan bukan bumiputera.

    Langkah tersebut dirancang hanya untuk sementara waktu sehingga program sama ditawarkan di UM.

    Ketika ini hanya tujuh pegawai perubatan bukan bumiputera yang dicadangkan membuat pengajian lanjutan di UiTM.

    Seorang ahli akademik pula mengingatkan isu penempatan pegawai perubatan bukan bumiputera itu melibatkan aspek kemanusiaan dan bukannya perkauman.

    Penyarah Universiti UCSI Tajuddin Rasdi menjelaskan langkah itu juga bersifat sementara kerana negara berdepan dengan kekurangan pakar pembezahan kardiotraks yang ketara.

    Bagaimanapun sehingga kini UiTM bertegas untuk menolak rancangan berkenaan, kecuali ia mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong serta mematuhi Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

    Untuk rekod, di sebalik keberadaan UiTM hanya untuk pelajar bumiputera, sejumlah penuntut dari luar negara sedang mengikuti pengajian di situ.

    ALSO READ:  Kes 3R: Menteri 'berat sebelah' cuma sebut pembangkang - Afnan

    Menjelaskan hal itu semalam Naib Canselor UiTM Shahrin Sahib berkata langkah institusi itu membuka pintu kepada kemasukan pelajar asing bertujuan untuk menjana pendapatan universiti melalui yuran yang dikeluarkan.

    UiTM setakat ini merupakan satu-satunya universiti yang menawarkan program parallel pathway dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dalam bidang kardiotoraks.

    Raduan berkata kemasukan pelajar asing tetap tidak bercanggah dengan peruntukan perlembagaan yang menjadi pegangan mereka ketika ini.


    Baca Trauma saksi wanita hamil maut tunggu pakar kardiotoraks


    Katanya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tertakluk kepada warganegara Malaysia dan pelajar antarabangsa diambil secara berhemah melalui beberapa peraturan yang dibuat.

    “Dalam kerangka perkara 153 itu ia tetapkan pelajar-pelajar bumiputera (dalam kalangan) rakyat Malaysia,” katanya.

    Pada masa sama Raduan menyelar tuduhan pihak lain yang menganggap institusi itu sebagai tidak berfikiran terbuka.

    Sebaliknya, kata Raduan, UiTM akan memperbanyak program-program melibatkan interaksi dengan pelbagai kaum di Malaysia.

    “Tadi (hari ini) saya dah beri arahan supaya semua program UiTM, pelajar-pelajarnya berinteraksi dengan semua kaum termasuk program peringkat antarabangsa,” katanya.


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts