Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesParlimen kecoh MP Pendang dakwa Abu Hussin tiada integriti, ada isu peribadi

    Parlimen kecoh MP Pendang dakwa Abu Hussin tiada integriti, ada isu peribadi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN | Dewan Rakyat menjadi kacau bilau apabila Awang Solahuddin Hashim (PN-Pendang) menyifatkan Syed Abu Hafiz Hussin (PN-Bukit Gantang) sebagai seorang yang tidak berintegriti dan mempunyai masalah peribadi, selepas perubahan alihnya menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    “Kita tengok tadi macam mana Bukit Gantang (Syed Abu Hafiz) buat pengumuman (sokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim), dia ini ada masalah integriti sedang melobi.”

    “Dia dulu daripada Umno, Umno kalah tak jadi pemerintah dia melompat jadi (ahli parlimen) bebas, lepas itu merayu kepada Muhyiddin Yassin (untuk bertanding guna tiket Bersatu),” dakwanya di Dewan Rakyat, hari ini.

    Kenyataan itu mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat apabila beberapa ahli parlimen kerajaan bangkit mencelah dengan menyatakan apa yang dibangkitkan Awang Solahuddin keluar daripada topik perbahasan.

    Awang Solahuddin ketika itu sedang membahaskan rang undang-undang berkaitan Kementerian Kewangan.

    “Sebab itu kata Bukit Gantang tak ada integriti, dia ada masalah keluarga…Dia merayu, melutut (pada PN) kita percaya lah…nak jadi calon dulu, dia merayu,” dakwanya lagi.

    Syed Abu Hafiz

    RSN Rayer (PH-Jelutong) kemudian membangkitkan peraturan mesyuarat dengan mendakwa Awang Solahuddin membuat sangkaan jahat terhadap Syed Abu Hafiz.

    Katanya lagi, apatah lagi Awang Solahuddin membuat dakwaan itu ketika Syed Abu Hafiz tiada dalam Dewan Rakyat untuk menjawabnya.

    Selepas mendengar hujah Rayer dan hujah balas oleh Awang Solahuddin, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor meminta ahli parlimen Pendang itu untuk menarik balik dakwaannya.

    “Perkara itu jelas dalam bab sangkaan jahat itu, jadi saya minta yang berhormat Pendang tarik balik bahagian tersebut kerana saya tak dapat panggil yang berhormat Bukit Gantang,” kata Ramli.

    Awang Solahuddin akur dengan keputusan itu sebelum berbuat demikian, dia mendakwa Syed Abu Hafiz sedang melobi agar projeknya tidak ditamatkan. Dia bagaimanapun tidak menjelaskan secara khusus berkenaan dakwaan itu.

    ALSO READ:  Russian lawmakers approve bill increasing conscription age limit to 30 years.

    “Dia tak ada prinsip, dia ada masalah peribadi, dia ada projek-projek yang hendak ditamatkan,” katanya sebelum menarik balik tuduhan yang dibuat.

    Ketika esi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pagi tadi, Syed Abu Hafiz mengumumkan sokongannya kepada Anwar dan menyatakan kesediaannya untuk membantu kerajaan.

    Dia menjadi ahli parlimen Bersatu kelima yang berbuat demikian.

    Dengan ikrar sokongan mereka, Anwar kini mempunyai sokongan 152 ahli Parlimen. Bagaimanapun, ini tidak dapat dibuktikan sehingga pengundian blok berlangsung di Dewan Rakyat.

    Sebelum ini, empat ahli parlimen Bersatu menyokong kerajaan ialah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts