Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesParlimen lancar tabung kemanusiaan Palestin

    Parlimen lancar tabung kemanusiaan Palestin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN l Parlimen Malaysia telah memulakan kutipan Tabung Kemanusiaan Palestin hari ini bagi membantu mengurangkan beban dan penderitaan warga Palestin yang terkesan akibat konflik di Semenanjung Gaza.

    Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul menyatakan bahawa sumbangan itu akan disalurkan terus kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin di bawah seliaan Kementerian Luar.

    “Parlimen Malaysia ingin bersama-sama meringankan beban rakyat Palestin yang semakin hari, semakin terhimpit akibat konflik yang sedang melanda dan sebagai sokongan moral kepada mereka.

    Oleh itu, Parlimen Malaysia akan melaksanakan kutipan Tabung Kemanusiaan Palestin Peringkat Parlimen Malaysia bermula hari ini, Khamis 9 November 2023,” katanya sebelum memulakan perbahasan Belanjawan 2024 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah di Dewan Rakyat hari ini.

    Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) kemudian mencadangkan supaya setiap Ahli Parlimen menyumbang sekurang-kurangnya RM1,000 seorang untuk tabung berkenaan.

    Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyatakan bahawa serangan rejim Israel ke atas orang awam di Gaza amat membimbangkan, maka semua negara perlu bersatu menamatkan konflik itu.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts