Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesParti Aloha: Denda RM25K 'tamparan' industri pelancongan - MP

    Parti Aloha: Denda RM25K 'tamparan' industri pelancongan – MP

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menegur kerajaan Terengganu kerana mengenakan denda RM25,000 kepada sebuah resort swasta di Pulau Lang Tengah kerana menganjurkan pesta pantai persendirian.

    Menurutnya, langkah sedemikian tidak masuk akal dan boleh menyumbang kepada kemerosotan industri pelancongan negara.

    “Pelancongan adalah tonggak kritikal ekonomi Malaysia, menyumbang pendapatan RM71.3 bilion pada 2023 dan menyokong berjuta-juta pekerjaan. Mengenakan hukuman denda ke atas resort untuk acara persendirian adalah cara yang pasti akan menakutkan pelancong dan pelabur.

    “Ia mewujudkan suasana ketakutan dan ketidakpastian yang boleh mendorong pengunjung ke destinasi yang lebih mengalu-alukan.

    “Dengan sektor pelancongan Malaysia yang sudah bergelut untuk pulih daripada wabak itu, tindakan ini adalah satu tendangan ke arah industri yang sangat memerlukan sokongan, bukan hukuman, “kata Lim.

    Dia juga menggesa kerajaan Negeri membatalkan denda itu dan menggunakan pendekatan yang lebih waras serta menyokong industri pelancongan.

    “Acara persendirian mengenai harta persendirian harus dikecualikan daripada jangkauan kerajaan, selagi ia mematuhi undang-undang.

    “Menurut resort Summer Bay Resort, acara “Aloha Party” telah diadakan sejak 10 tahun lalu untuk tetamu persendirian sahaja dan tiada orang Islam dijemput.

    “Pengusaha resort itu juga menyatakan tiada tetamu yang hadir majlis itu memakai bikini dan minuman beralkohol tidak dihidangkan semasa parti itu.

    “Tindakan kerajaan Terengganu ini meletakkan duluan berbahaya di mana kerajaan boleh sewenang-wenangnya mencampuri urusan peribadi,” katanya.

    Lim menekankan bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menganjurkan acara persendirian tanpa takut dihukum denda yang terlalu tinggi atau melalui pemeriksaaan yang tidak perlu.

    Selain kompaun sebanyak RM25,000 kepada Summer Bay Resort, Kerajaan Terengganu juga mengharamkan penganjuran program seumpamanya pada masa akan datang.

    Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu Razali Idris (gambar atas) dipetik TRDI News berkata keputusan itu dibuat selepas pertemuan bersama pemilik resort berkenaan.

    ALSO READ:  Former Taipei mayor released after being questioned in graft probe

    “Ini berikutan penganjuran sebuah parti pada 20 Mei yang melanggar kesalahan bawah Sub Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan & Tempat-tempat Hiburan 2002 Negeri Terengganu.

    “Daripada penjelasan pihak Summer Bay Resort, kita dapati banyak perkara yang mereka langgar termasuk tatasusila, Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara mesra muslim di Negeri ini,” katanya.

    Razali menjelaskan program tersebut diadakan setiap tahun tanpa pengetahuan pihak berkuasa tempatan (PBT), polis dan jabatan pelancongan.

    ‘Reputasi terjejas’

    “Resort tersebut mempunyai lesen yang lengkap dan boleh beroperasi seperti biasa, namun kesalahan ini akan dikenakan tindakan.

    “Pihak PBT akan mengenakan kompaun kepada resort tersebut dalam masa terdekat, di samping siasatan lanjut mengenai sebarang kesalahan lain di pulau tersebut,” tambahnya.

    Bagaimanapun, Lim berkata reputasi Malaysia sebagai destinasi mesra pelancong berisiko terjejas.

    “Denda ini menghantar mesej jelas kepada dunia: Malaysia tidak terbuka untuk perniagaan. Pelabur dan pelancong akan berfikir dua kali untuk datang ke negara di mana kerajaan mengenakan denda yang tinggi untuk acara persendirian, seterusnya merosakkan sektor pelancongan kita yang sudah pun bergelut.

    “Denda itu bukan sahaja menjejaskan pusat perananginan itu; ia menjejaskan ekonomi tempatan. Sektor pelancongan menyediakan banyak pekerjaan.

    “Denda yang tidak perlu boleh menyebabkan penutupan dan kehilangan pekerjaan. Dalam masa kerajaan Malaysia berusaha keras untuk mengekalkan kadar pengangguran pada kadar 3.3 peratus, ini adalah perkara terakhir yang kita perlu lakukan.

    “Kita harus memberi tumpuan kepada mewujudkan pekerjaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi, tidak menyekatnya dengan tindakan menghukum,” tambahnya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts