Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesParti Hijau masih menanti jawapan untuk didaftarkan

    Parti Hijau masih menanti jawapan untuk didaftarkan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sudah lama ditegaskan bahawa senario politik Malaysia memerlukan sebuah parti alam sekitar yang berdedikasi terutamanya kepada isu pemuliharaan dan perubahan iklim.

    Apa yang mungkin orang ramai tidak tahu ialah Parti Hijau Malaysia (Parti Hijau) telah mengemukakan permohonannya kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sejak 2022.

    Menurut setiausaha agung penaja parti itu, Abdul Razak Ismail, surat-menyuratnya dengan ROS tidak memberangsangkan dan akhirnya mereka mungkin perlu meneruskan tindakan undang-undang dalam usaha untuk didaftarkan.

    Pemimpin NGO Otai Reformasi itu menjelaskan, idea penubuhan Parti Hijau bertitik-tolak daripada kekecewaan mereka terhadap beberapa kegagalan kerajaan Selangor mempertahankan alam sekitar.

    “Kerajaan Negeri cuba menyahwartakan begitu saja Hutan Simpan Kuala Langat (Utara) dengan memberikan tanah yang luas itu kepada syarikat yang belum terbukti mampu untuk membangunkannya.

    “Namun akibat tekanan kuat NGO, masyarakat Orang Asli dan orang ramai akhirnya kerajaan Negeri terpaksa tunduk kepada tekanan dan ia gagal.

    “Jadi dari segi politik kita rasa mesti ada ombudsman untuk memantau komitmen Negeri mengekalkan hutan simpan,” katanya kepada Malaysiakini.

    Pada Sept 2021, kerajaan Selangor membatalkan rancangan untuk membangunkan Hutan Simpan Kuala Langat (Utara) selepas Malaysiakini menyiarkan berita mengenai rancangan itu pada Feb 2020.

    “Ia adalah satu contoh yang baik bagaimana kerajaan Negeri boleh memanipulasi hutan simpan,” katanya sambil menambah aktivis Parti Hijau lantang dalam isu alam sekitar yang melibatkan hutan simpan Bukit Cherakah dan Bukit Lagong serta landasan ERL merentasj melalui taman Negeri dan pembiakan projek perlombongan.

    Abdul Razak mendedahkan permohonan Parti Hijau dikemukakan kepada ROS pada 5 Dis 2022 tetapi sejak itu petunjuk memberikan gambaran kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

    “Kami membuat permohonan itu pada 2022 dan menghantar logo yang dicadangkan kepada mereka. Balasan terakhir daripada mereka ialah pada 14 Feb 2024, dan saya menghantar surat lain bertarikh 28 Feb 2024.

    ALSO READ:  Cricket-Woakes another England injury worry after pulling out of The Hundred

    “Mengapa mengambil masa yang lama untuk memproses permohonan kami?” soalnya.

    50 penyokong berdedikasi

    Tambah Abdul Razak, sebelum ini Parti Sosialis Malaysia (PSM) menunggu selama 10 tahun sebelum didaftarkan secara sah pada 2008 manakala Muda mengambil tindakan undang-undang selepas percubaan awalnya untuk mendaftar sebagai parti disekat.

    “Kami melihat tindakan yang diambil oleh PSM dan Muda untuk parti mereka didaftarkan secara ‘terpaksa’ oleh ROS, tetapi pada masa sama orang ramai tidak begitu serius menyokong parti politik yang memperjuangkan alam sekitar sebagai teras utama.

    “Kebanyakan orang melihat tiada faedah untuk memperjuangkan isu alam sekitar sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian mereka,” katanya.

    Dia juga menambah hanya isu seperti jerebu, banjir, tanah runtuh, pencemaran air dan perkara kritikal lain yang mendapat perhatian orang ramai.

    Katanya di negara lain parti hijau sudah menjadi sebahagian daripada kerajaan seperti di Jerman dan New Zealand.

    Pun begitu kataAbdul Razak setakat ini Parti Hijaunya belum menjalinkan sebarang hubungan dengan parti-parti seumpaman itu.

    “Kami masih belum mempunyai hubungan sewajarnya dengan parti hijau negara lain kerana kebanyakan ahli jawatankuasa penaja kami belum aktif sepenuh masa.

    “Pada mulanya, kami mempunyai beberapa bekas wakil rakyat yang berminat dalam perjuangan ini tetapi tiada siapa yang tampil secara terbuka untuk menyertai kami,” tambahnya.

    Abdul Razak berkata kumpulannya cuma ada penyokong berjumlah 50 orang namun mereka sangat berdedikasi terhadap alam sekitar dan bekerjasama dengan NGO seperti Sahabat Alam Malaysia, Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Peka dan lain-lain.

    “PSM juga berhubung dengan kami mengenai penyertaan menandatangani memorandum dalam beberapa isu berkaitan alam sekitar,” tambahnya sambil menggesa kerajaan meneliti perkara pendaftaran Parti Hijau.

    ALSO READ:  Lebih 92,000 penduduk Jepun berusia lebih 100 tahun

    Malaysiakini sedang mendapatkan maklum balas daripada ROS mengenai perkara itu.

    [Baca laporan asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts