Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesParti Hijau persoal cuma 44 tuntutan untuk skim insurans tajaan S'gor

    Parti Hijau persoal cuma 44 tuntutan untuk skim insurans tajaan S’gor

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Parti Hijau mempersoal rasional di sebalik tuntutan melalui Skim Insurans Am Selangor (Insan) membabitkan hanya 44 orang setakat Okt tahun lalu.

    Setiausahanya Abdul Razak Ismail berkata Parti Hijau yakin ramai rakyat ataupun pengundi di Selangor tidak sedar yang mereka dicarum dengan skim insurans berkenaan.

    Jelasnya, rakyat tidak sedar kerana penyertaan pencaruman terbabit dibuat secara diam-diam melalui data yang diperoleh dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    “Lebih 2,000 yang maut kemalangan di Selangor, namun yang buat tuntutan sekitar 44 orang.

    “Ini bermakna mereka tidak tahu yang diri mereka dicarum (dilindungi dalam Insan).

    “Malah mereka tidak boleh lagi membuat semakan kerana syarikat yang menguruskan insurans itu telah membuang pautan semakan selepas kontroversi tercetus,” katanya kepada Malaysiakini.

    Pada 25 Ogos lalu, Selangor TV melaporkan kira-kira 44 tuntutan pencarum berjaya diselesaikan dengan jumlah pampasan yang terlbat sebanyak RM537,000.

    Untuk rekod, pada tahun lalu Selangor mencatatkan jumlah kes kemalangan tertinggi di negara ini dengan 173,129 kes, diikuti Johor (87,370 kes) dan Kuala Lumpur (72,701 kes).

    Selangor juga mencatatkan jumlah kematian paling tinggi akibat kemalangan dengan 2,092 orang, diikuti Johor (2,010) dan Perak (1,321).

    Abdul Razak turut mempersoalkan status siasatan program Insan yang dikaitkan dengan kebocoran data peribadi sebelum ini.

    Katanya beberapa pihak telah membuat aduan mengenai perkara itu, namun sehingga kini belum ada tindakan serius diambil walaupun sudah enam bulan berlalu.

    “Baru-baru ni kami terima e-mel daripada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (PDP), tapi itulah jawapan stereotaip yang diberi: masih dalam siasatan,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts