Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesParti India mesra PN mahu Dr M disiasat bawah Akta Hasutan, 3R

    Parti India mesra PN mahu Dr M disiasat bawah Akta Hasutan, 3R

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Timbalan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) S Subramaniam menggesa bekas perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad disiasat di bawah Akta Hasutan dan kenyataan berunsur 3R (Institusi raja, agama dan kaum) berhubung dakwaannya bahawa masyarakat India tidak setia kepada negara ini.

    Subramaniam berkata, tindakan Mahathir itu membelakangi Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui sewaktu kemerdekaan negara dan sengaja mengapikan sentimen perkauman.

    “Kita semua tahu, Dr Mahathir sering membuat kenyataan-kenyataan kontroversi untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu semasa negara tetapi wawancara bersama Thanti TV dari negara India merupakan sesuatu yang sungguh memalukan sistem demokrasi negara kita.

    “Kenyataan Mahathir Mohamad yang mengatakan masyarakat Cina dan India di Negara kita tidak patriotik sama sekali tidak tepat. Kenyataan ini daripada seorang bekas Perdana Menteri selama 22 tahun sungguh memalukan.

    “Dr Mahathir Mohamad perlu disiasat di bawah Akta Hasutan dan 3 R,” katanya dalam kenyataan.

    MIPP merupakan sebuah parti mesra PN. Bulan lalu, presidennya P Punithan mengumumkan parti itu akan memohon untuk menyertai gabungan berkenaan.

    PN ketika ini didominasi oleh PAS dan Bersatu, selain turut disertai Gerakan – sebuah parti berbilang kaum.

    Terdahulu hari ini, Presiden Gerakan Dominic Lau, berkata parti itu akan membangkitkan isu kenyataan kontroversi terbaru Dr Mahathir dalam mesyuarat PN yang diadakan pada minggu ini.

    Mengulas lanjut, Subramaniam berkata dia kini dapat menilai layanan Mahathir terhadap kaum India dan Cina ketika memegang jawatan perdana Menteri selama 22 tahun.

    “Kelakuan Mahathir Mohamad sungguh memalukan dan saya rela menolak perasaan hormat saya terhadap Mahathir Mohamad dan beliau tidak layak dianggap sebagai seorang negarawan.

    “Saya pasti kenyataan Mahathir Mohamad adalah dari sudut hatinya yang terpendam selama ini. Malah, ia bukan kali pertama bekas perdana Menteri itu mengeluarkan kenyataan memperkecilkan kaum Cina dan India,” ujarnya.

    ALSO READ:  'Budaya Ali Baba punca bumiputera ketinggalan'
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts