Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPAS akui ahli parti tak selesa Sanusi layak karaoke sampai pagi

    PAS akui ahli parti tak selesa Sanusi layak karaoke sampai pagi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PAS mengakui ada sesetengah ahli parti itu tidak senang dengan kegiatan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, aktif melayan sesi karaoke secara dalam talian sehingga ke lewat pagi.

    Menurut Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ahmad Yahya, parti itu ada menerima pelbagai teguran malah sesetengah ahli menganggap Sanusi sebagai melakukan dosa besar.

    Kata Ahmad, PAS menyambut baik sikap ditunjukkan ahli terbabit kerana ia melambangkan mereka sayang kepada parti dan berani menegur pemimpin.

    “Saya sendiri menerima pelbagai pandangan dan saya pun baca komen-komen dalam media sosial.

    “Ada komen mungkin bersifat teguran, ada komen yang mungkin marah, sampai ke peringkat menganggap ia sebagai dosa besar,” katanya semasa menyampaikan ucapan dalam program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden di Kedah, baru-baru ini.

    Klip ucapan Ahmad itu bagaimanapun hanya tular hari ini.

    Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah serta Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, ahli parti terasa tidak wajar Sanusi melayan anak muda menyanyi sedangkan mereka sendiri diminta bermunajat, qiamullail, berzikir dan seumpamanya.

    “Sedangkan (ada) pemimpin berkaraoke,” tambahnya.

    Pun begitu Ahmad berkata Sanusi merupakan seorang pemimpin PAS yang “hebat”.

    Dekati orang tak datang kuliah

    Katanya setiap kali Sanusi berkaraoke, isteri Pengarah Pilihan Raya PN itu, Jusmalailani Jusoh, menemani di tempat sama walaupun tidak kelihatan oleh orang lain.

    Malah Ahmad sendiri mengesahkan keberadaan Jusmalailani itu.

    “Ada satu perkara yang hebat (tentang) Menteri besar kita ini.

    “Setiap kali dia live (bersiaran langsung), ada karaoke, ada menyanyi atau apa, akan bersama dengan dia adalah Toh Puan, isteri Menteri dia ada di sebelah.

    “Itu kebiasaan, ini saya dapat sahkanlah ada bersama,” katanya lagi.

    ALSO READ:  AS pantau pemindahan minyak dari kapal ke kapal di perairan Malaysia

    Sebelum in Sanusi mengundang kecaman orang ramai selepas didapati ‘ralit’ berkaraoke dengan perempuan lain melalui platform TikTok sehingga jam 2 pagi.

    Bagaimanapun Sanusi telah mempertahankan tindakannya berkenaan dengan berhujah, ia tidak melanggar sebarang undang-undang mahupun arahan agama.

    Kata Sanusi ia menjadi isu kerana musuh politik mengambil kesempatan dengan menyunting bahagian tertentu video tersebut dan disertai dengan kapsyen ‘panas’.

    Mengulas lanjut, Ahmad berkata PAS menerima segala teguran ahli terhadap tindakan Sanusi itu dan akan menelitinya.

    “Mungkin apa yang dilakukan oleh datuk seri Menteri besar (Sanusi) pada satu sudut kita rasa kurang selesa, masing-masing rasa mungkin tak boleh buat begitu… sampai tengah malam.

    “Mungkin ada yang anggap (tindakan) begitu, tak sesuai. Jadi, saya kira seperti yang disebut yang berhormat bahawa parti akan urus macam mana tetapi pandangan datuk Menteri besar tadi juga perlu untuk ada pertimbangan di pihak kita,” katanya.

    Ahmad juga menekankan langkah diambil Sanusi berkesan untuk menarik golongan tertentu untuk mendekati PAS.

    Sebelum ini, kata Ahmad, kumpulan yang mengikut tokoh agama tertentu sudah dapat ditarik kepada parti bagi menambah kekuatan sedia ada.

    “Tetapi di sana ada lagi sasaran dakwah yang perlu untuk kita terus dekati mereka, dan mereka ini tidak hadir kuliah-kuliah ilmu.

    “Mereka ini takkan hadir majlis-majlis selawat tapi mungkin mereka akan berada di padang-padang bola, berada di stadium dan mereka berada di ruang-ruang media sosial yang begitu besar dan luas,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts