Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPAS dakwa pembangkang dilarang hantar kek Hari Guru

    PAS dakwa pembangkang dilarang hantar kek Hari Guru

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PAS mendakwa Kementerian Pendidikan cuba menyekat pembangkang daripada meraikan kaum pendidik sempena Hari Guru semalam.

    Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata terdapat anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka yang tidak dapat menghantar kek sebagai tanda penghargaan kepada guru di sekolah di kawasan masing-masing.

    Katanya, alasan diberikan bagi menghormati government of the day (kerajaan yang memerintah hari ini).

    “Ini adalah satu perkara yang memalukan,” kata Razman.

    Dalam kenyataan hari ini, dia berkata larangan sebegitu tidak pernah berlaku sebelum ini.

    Sementara itu, Razman juga berkata terdapat bukti tangkap layer mesej yang didakwa mengandungi arahan tersebut.

    Dia justeru meminta kementerian memberikan penjelasan.

    Semalam, Naib Presiden PAS Idris Ahmad turut melontarkan dakwaan sama di media sosialnya.

    “Selamat Hari Guru. Ucap dalam Facebook sahaja. Hendak jumpa dan hantar kek tidak boleh. 

    “Dilarang keras. Madani ala Badwi,” ujarnya seperti dilaporkan Harakahdaily.

    Kedua-dua Razman dan Idris tidak memberikan butiran lanjut terhadap dakwaan mereka.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts