Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPAS gesa tindakan diambil terhadap Ngeh berkait isu 3R

    PAS gesa tindakan diambil terhadap Ngeh berkait isu 3R

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PAS mendesak pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham kerana mengeluarkan kenyataan berkaitan isu 3R (kaum, agama, dan institusi raja).

    Ini menyusul cadangan pemimpin DAP agar orang bukan Islam dianggotai dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

    Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, menegaskan tindakan terhadap pemimpin DAP itu perlu bagi memadamkan persepsi bahawa hanya pemimpin PN yang terlibat dalam isu 3R.

    “DAP sekali lagi menunjukkan taring dalam kerajaan PH-BN apabila mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti urusan agama Islam.

    “Walaupun Koo Ham telah memohon maaf dan YB Anthony Loke, Setiausaha Agung DAP mengatakan kenyataan Ngeh Koo Ham sebagai kenyataan peribadi, rakyat telah mengenali sikap DAP yang sentiasa menjurus kepada urusan umat Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.


    Tuan Ibrahim juga mengingatkan kenyataan Ngeh di parlimen tahun ini berkenaan perkahwinan antara orang Islam dengan bukan Islam di luar negara.

    “Lebih buruk lagi, beliau juga pernah menggesa mana-mana pihak supaya menghormati dan tidak mempertikaikan hak orang Islam yang murtad pada tahun 2014 lalu.

    “Saya bimbang dengan kenyataan-kenyataan seumpama ini yang seolah-olah mendapat sokongan dari pihak yang berkepentingan dalam mengekalkan kuasa,” katanya.

    Tambahnya, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim perlu lebih tegas menegur DAP supaya menghentikan perbuatan seumpama itu.

    “Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi memadamkan persepsi rakyat bahawa isu 3R ini hanya terpakai kepada Perikatan Nasional sahaja. Namun, jika melibatkan PH-BN-DAP, ia disenyapkan,” ujarnya.

    Ngeh semalam memohon maaf atas cadangannya agar pakar perlembagaan dari kalangan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah.

    ALSO READ:  Tokoh warisan kebangsaan, Dr Rosli Saludin meninggal dunia

    Katanya, beliau tidak mengetahui bahawa jawatankuasa khas tersebut telah dibentuk oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

    Sebelum ini, Sultan Sharafuddin telah mengingatkan rakyat khususnya yang bukan beragama Islam supaya menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan agama Islam di negara ini.

    Sultan Sharafuddin bertitah bahawa MKI yang dipengerusikan baginda memegang amanah dan bertanggungjawab untuk melaksanakan semua hal ehwal berkaitan umat Islam, serta dianggotai oleh pakar dalam pelbagai bidang, khususnya melibatkan undang-undang dan agama Islam.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts