Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPAS kecewa MB Pahang guna permohonan rakyat untuk raih sokongan

    PAS kecewa MB Pahang guna permohonan rakyat untuk raih sokongan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PAS Pahang mengutuk kenyataan Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail yang menggunakan permohonan peruntukan sebagai “senjata” untuk mendapatkan sokongan politik, dalam satu acara di Jerantut semalam.

    Bendahari PAS Pahang Shahril Azman Abd Halim menyifatkan tindakan Wan Rosdy itu sebagai salah guna kuasa dan rasuah politik.

    “…Menggunakan duit dan agensi kerajaan kemudian kempen rakyat supaya sokong Umno-BN.

    “Sebenarnya sesiapa yang memerintah, menjadi tanggungjawabnya untuk mengurus kewangan kerajaan untuk membantu rakyat,” katanya kepada Malaysiakini.

    Shahril merujuk permohonan yang dibuat Razak Daud, ketua peneroka Felda Jengka 24 di Jerantut, dalam ucapannya pada majlis penyerahan kelulusan skim tanah rakyat dan surat hak milik kepada 1,888 penerima yang disampaikan oleh Wan Rosdy, semalam.

    Permohonan itu membabitkan pembinaan jambatan baru, naik taraf tandas masjid, dewan terbuka, penukaran bumbung sekolah agama, padang bola dan penambahbaikan literasi.

    Wan Rosdy dalam ucapannya di majlis sama berkata dia akan meluluskan permohonan itu, yang dianggarkan berjumlah RM1 juta, namun meminta penduduk Jerantut kembali menyokong BN.

    “Saya boleh bagi, saya boleh lulus semua sekali tapi ada syarat…boleh tak Jerantut kembali menyokong kerajaan BN yang telah membantu kita daripada dulu sampai sekarang.

    “Boleh berjanji dengan saya? saya lulus semua benda yang tok empat (Razak) minta tadi,” katanya.

    Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Felda Ahmad Shabery Cheek.

    Mengulas lanjut, Shahril menyifatkan ucapan Wan Rosdy itu menandakan BN masih kecewa atas kekalahan di kerusi Parlimen Jerantut dan tiga kerusi DUN di bawahnya pada PRU lalu.

    Tiga kerusi DUN itu adalah Pulau Tawar, Damak dan Tahan.

    Katanya, kekalahan 4-0 di Jerantut adalah isyarat jelas bahawa pengundi di sudah ‘kenal’ siapa sebenarnya Umno-BN.

    ALSO READ:  FMM saran kerajaan tubuh Majlis Madani

    “BN secara terang-terang menyalahgunakan kuasa, rasuah politik, guna duit kerajaan, guna agensi kerajaan kemudian kempen rakyat supaya sokong Umno dan BN yang membentuk kerajaan hari ini dengan DAP,” dakwanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts