Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPAS kembali bermuktamar di Selangor lepas hampir 10 tahun

    PAS kembali bermuktamar di Selangor lepas hampir 10 tahun

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    PAS akan mengadakan muktamar tahunannya di Selangor sekali lagi selepas lapan tahun Negeri itu menjadi tuan rumah pada kali terakhir. Pengarah Panitia Muktamar PAS ke-69, Khairul Faizi Ahmad Kamil, berkata pada asalnya acara perhimpunan tahunan itu dijadual diadakan di Kelantan pada 3 hingga 5 Mei lalu namun ditangguhkan kerana adanya pilihan raya Negeri (PRN). Selepas berakhir PRN, katanya, PAS memutuskan untuk menukar lokasi muktamar tersebut ke Selangor.

    Kali ini katanya muktamar tersebut akan berlangsung pada 20 hingga 22 Okt. “Dalam tempoh kurang dua bulan, persiapan dimulakan dengan PAS Pusat membuat keputusan untuk mengendalikan (muktamar) secara langsung dengan kerjasama PAS Selangor, dan memilih Ideal Convention Centre (IDCC) di Shah Alam sebagai lokasi utama muktamar bersekali dengan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat. “Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat dan Sidang Assabiqun PAS Pusat pula akan diadakan di hotel De Palma, Shah Alam,” katanya.

    Kali terakhir PAS mengadakan muktamar di Selangor ialah pada 2015 apabila Kuala Selangor menjadi tuan rumah. Sebelum itu Shah Alam menjadi lokasi pilihan iaitu di Stadium Malawati pada Nov 2013. Muktamar di Kuala Selangor itu merupakan himpunan tahunan kali ke-61 dan dianggap signifikan kerana menyaksikan ‘pembersihan’ dalaman PAS dengan tersingkirkan kumpulan yang tidak sehaluan dengan presiden parti itu Abdul Hadi Awang. Ia juga menyaksikan permulaan gerakan kumpulan yang tersingkir itu membentuk wadah baru sebelum tertubuhkan Amanah.

    Dalam PRN pada 12 Ogos lalu, Selangor menjadi antara pusat pertembungan utama di antara PN dan kerajaan perpaduan. Persaingan sengit itu menyaksikan PN mencatat kemenangan agak besar apabila menguasai 22 daripada 56 kerusi dewan undangan Negeri (DUN) namun masih belum mencukupi membentuk kerajaan. Khairul Faizi berkata muktamar Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan diadakan pada 18 hingga 19 Okt manakala Muktamar Dewan Ulama serta Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung dan Sidang Assabiqun pada 19 Okt.

    ALSO READ:  Mohamad Asfia dilantik semula sebagai speaker DUN Sarawak

    Katanya panitia muktamar – dipengerusikan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan – telah bersidang sebanyak tiga kali setakat ini dan persiapan berjalan mengikut peranancangan yang ditetapkan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts