Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPAS kemuka rayuan keputusan kes hutang Harakah

    PAS kemuka rayuan keputusan kes hutang Harakah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PAS dan dua pihak lain menyatakan rasa tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 5 Disember lalu berhubung keputusan kes tuntutan hutang syarikat bekas pencetak Harakah.

    Dua pihak terbabit ialah Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, dan penerbit Harakah, Galeri Media Serbaneka Sdn Bhd.

    Kedua-dua mereka bersama PAS menfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 14 Disember lalu.

    “Perayu-perayu yang tidak berpuas hati dengan keputusan hakim mahkamah sesyen selain keputusan yang diputuskan selepas perbicaraan di Kuala Lumpur pada 5 Disember 2023 merayu kepada mahkamah tinggi terhadap keseluruhan keputusan tersebut

    “(Ia) memutuskan bahawa permohonan responden (kandungan 9) bertarikh 2 Oktober 2023 untuk penghakiman terus di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 terhadap perayu-perayu atas tuntutan responden inter alia perayu-perayu membayar kepada responden sebanyak RM656,233.69, faedah pada kadar 5 peratus setahun ke atas RM656,233.96 dikira dari tarikh 5 Disember 2023 sehingga tarikh penyelesaian penuh dan kos sebanyak RM3,000 di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012,” kata notis rayuan yang difailkan Tetuan Faizi & Associates yang mewakili perayu berkenaan.

    Terdahulu Malaysiakini pada 5 Disember lalu melaporkan bekas pencetak Harakah memperoleh penghakiman terus mengarahkan PAS membayar hutang sebanyak RM656,233.69.

    Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur itu membenarkan permohonan NAJ Resources (M) Sdn Bhd untuk penghakiman terus (keputusan tanpa perbicaraan penuh) terhadap ketiga-tiga defendan tersebut.

    Sementara itu ketika dihubungi Malaysiakini, peguam bela plaintif Putra Taulan Rasul mengesahkan pihaknya menerima notis rayuan berkenaan semalam.

    Menurutnya mahkamah menetapkan 11 Januari depan sebagai tarikh bagi pengurusan kes.

    “Ya, mereka ada failkan rayuan. Notis rayuan diserahkan kepada kami pada 28 Disember.

    “Tarikh pengurusan kes ditetapkan pada 11 Januari 2024,” katanya.

    ALSO READ:  Maximum RM599 fare set for Aidilfitri flights to Sabah, Sarawak, Labuan
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts