Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPAS kesal YDP Kangar didakwa di mahkamah

    PAS kesal YDP Kangar didakwa di mahkamah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    PAS, kata salah seorang pemimpin kanannya, berpendapat mereka berhak menjalankan program yang dirasakan wajar dan tidak sepatutnya dihalang selagi ia dibuat dalam premis parti. Menurut Tuan Ibrahim Tuan Man, sebagai sebuah parti politik yang sah, PAS mempunyai hak menjalankan pelbagai aktiviti parti khususnya bagi memperkasa agenda Islam dalam negara. Timbalan Presiden PAS itu mendakwa setiap program yang dijalankan parti itu dipantau secara dekat bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan syarak.

    “PAS merasa kesal dengan tindakan yang dikenakan terhadap Ustaz Yussaine Yahya, Yang Dipertua PAS Kawasan Kangar,” katanya dalam kenyataan malam tadi. Ia menyusul selepas Jabatan Agama Islam Perlis mendakwa Yussaine atas dua pertuduhan berhubung suatu program di sebuah premis PAS semasa Ramadan lalu. Program “sembang santai” di Maahad Tahfiz al-Quran al-Imam an-Nawawi (Matin) di Kampung Abi Padang Machang, Kangar itu membabitkan penceramah jemputan Wadi Annuar Ayub yang tidak memiliki tauliah yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Perlis. Pada malam kejadian juga berlaku kekecohan apabila pegawai Jabatan Agama Islam Perlis dihalang daripada mengambil keterangan daripada Wadi Annuar.

    Yussaine yang juga mudir Matin mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohamad Zaidi Abdullah. Yussaine didakwa bertindak secara bertentangan dengan titah kenyataan rasmi Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengenai pematuhan terhadap dasar dan peraturan berkaitan hal ehwal Islam Perlis. Tuan Ibrahim berkata sepatutnya yang perlu dibimbangi pihak berkuasa ketika ini ialah kejahilan rakyat terhadap ilmu agama serta masalah sosial yang didakwanya semakin meningkat dalam masyarakat. Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga menyatakan rasa yakin PAS terhadap kepakaran ilmu Islam yang dimiliki Wadi Annuar kerana tokoh terbabit menjadi ikutan ribuan orang.

    ALSO READ:  Sixty stateless Sarawakians to get Malaysian citizenship letters soon, says state minister

    Peranan Wadi Annuar memberi kesedaran kepada orang ramai, kata Tuan Ibrahim, tidak boleh diperkecilkan. “Justeru sepatutnya ceramah atau kelas pengajian beliau tidak dihalang, bahkan sepatutnya beri peluang seluas-luasnya,” tambah bekas Menteri itu lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts