Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPas media dibatalkan: Harakah sudah kemuka rayuan

    Pas media dibatalkan: Harakah sudah kemuka rayuan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari, mengesahkan media rasmi parti itu sudah membuat rayuan selepas pas perakuan media mereka dibatalkan semalam.

    “Ya, Harakah telah buat rayuan,” katanya ringkas kepada Malaysiakini.

    Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada PAS akan mengemukakan rayuan berhubung tindakan kerajaan baru-baru ini.

    Mengulas lanjut Ahmad Fadhli bagaimanapun berkata dia tidak dapat memastikan ke mana surat rayuan tersebut dihantar.

    “Tapi saya dapat laporan bahawa rayuan sudah dibuat,” katanya.

    Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) semalam dilaporkan menarik semula pas perakuan media yang dikeluarkan kepada lidah rasmi PAS iaitu Harakah dan Harakah Daily tanpa kompromi.

    Perakuan itu diperlukan sebagai akses ke bangunan kerajaan dan menggunakan kemudahan media di parlimen.

    Menurut salinan surat Japen yang dilihat Malaysiakini, kerajaan memetik artikel Harakah pada 6 Nov yang mendakwa kerajaan “ragu-ragu” dalam menyokong perjuangan Palestin.

    Artikel itu memetik kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Ahmad Yahaya yang mendakwa kerajaan mengubah nada berhubung pejuang kemerdekaan Palestin untuk mengikuti naratif yang ditetapkan oleh Israel dan Barat.

    Ada tanda soal

    Harakah juga telah menerbitkan satu set gambar untuk mengiringi artikel itu yang memaparkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama bendera Israel sebagai latar belakangnya, manakala foto Ahmad dihiasi bendera Palestin.

    Namun, semakan Malaysiakini kemudian mendapati gambar itu telah ditukar dengan hanya bendera Israel dan Palestin dipaparkan.

    Japen yang terletak di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital menyatakan laporan itu melanggar etika kewartawanan kerana membabitkan “tuduhan tidak berasas”.

    Semalam, Anwar turut mengkritik Harakah di Dewan Rakyat kerana cuba mengaitkannya dengan Israel dan menganggap ia sebagai perbuatan biadab.

    ALSO READ:  Pakej khas telekomunikasi bagi pekerja p-hailing diumum hari ini

    Bagaimanapun Ahmad mempertahankan laporan itu dengan berkata, media PAS berkenaan meletakkan tanda soal pada tajuknya. Justeru tambah ahli parlimen Pokok Sena berkenaan, ia bukan bersifat tuduhan sebaliknya hanya pertanyaan.

    Dalam reaksi awal Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata mana-mana organisasi berita yang dibatalkan perakuan media mereka tetap dibenarkan membuat rayuan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts