Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 13, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPAS perlukan PN untuk cipta pencapaian 'luar biasa' - Muhyiddin

    PAS perlukan PN untuk cipta pencapaian ‘luar biasa’ – Muhyiddin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Muhyiddin Yassin berpendapat PAS tidak akan mampu mencipta kemenangan besar jika parti tersebut bergerak sendirian seperti sekarang.

    Menganggap pencapaian PAS sebagai “sudah tepu”, pengerusi PN itu menjelaskan bahawa hanya dengan bergerak bersama parti lain, mereka mampu membentuk cabaran yang bermakna.

    Dengan cara tersebut, bekas perdana Menteri tersebut juga menyatakan bahawa PAS boleh mengumpul undi yang “luar biasa.”

    “PAS, Bersatu dan Gerakan melihat ini (kerjasama dan gabungan dalam PN) sebagai satu kekuatan. Mereka (PAS) tak boleh bersendirian… boleh tetapi kesannya tidak sebegitu besar (menang besar).

    “Contohnya dalam PRU lepas, majoriti mereka (PAS) biasa 10,000 hingga 15,000 undi tetapi (presiden PAS) Hadi (Awang) contohnya mampu meraih 40,000 undi.

    “Dia (PAS) sudah sampai tahap tepu tetapi dengan gabungan PN, penerimaan rakyat begitu besar sekali sehingga catat majoriti luar biasa,” kata beliau yang dipetik daripada portal FMT hari ini.

    Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh itu juga yakin PAS tidak akan meninggalkan PN walaupun Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mempelawa PAS untuk menyertai kerajaan perpaduan.

    “Setahu saya, mereka tidak akan berganjak kerana PAS juga bijaksana kerana tahu tiada parti politik boleh berjuang sendirian, solo dan (boleh) bentuk kerajaan.

    “Bersatu sendiri tidak mampu membentuk kerajaan (jika bersendirian), PAS pun tidak mampu walaupun menang besar sedikit… malah mereka lebih lama daripada kita,” katanya.

    Muhyiddin yang juga presiden Bersatu berpendapat, kerjasama yang cuba dibentuk antara PH dan PAS tidak akan berjaya kerana kedua-dua pihak tidak sehaluan dari segi ideologi dan pegangan agama yang berbeza.

    Sebelum ini, Anwar berkata dia pernah memberikan tawaran kepada PAS untuk menyertai kerajaan yang dihasilkan hasil kerjasama pelbagai parti selepas kegagalan mana-mana pihak mendapat majoriti mudah di Dewan Rakyat.

    ALSO READ:  QuickCheck: Did cops catch a syndicate lacing chewing gum with drugs?

    Walaupun PAS menolak tawaran tersebut ketika itu, Anwar berkata, dia tidak akan menghalang kerjasama tersebut cuba diusahakan lagi pada masa hadapan.

    Pada PRU ke-15 lalu, PAS memenangi 43 kerusi parlimen dengan hampir keseluruhannya adalah kerusi majoriti Melayu.

    Parti itu – dengan kerjasama PN – juga menawan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Perkembangan tersebut disifatkan sebagai ‘gelombang hijau’ oleh penganalisis politik tempatan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,223FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts