Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPAS: Senjata mainan untuk ajar murid erti perjuangan Palestin

    PAS: Senjata mainan untuk ajar murid erti perjuangan Palestin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahmad Fadhli Shaari mempertahankan tindakan pihak sebuah sekolah menggunakan senjata mainan sebagai peralatan (prop) pada majlis solidariti buat Palestin baru-baru ini.

    Kata ahli parlimen Pasir Mas langkah pihak sekolah berkenaan menganjurkan program tersebut bertujuan untuk mendidik pelajar memahami makna perjuangan.

    Menyelar Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming yang menciap mengenai rakaman video tular itu, Ahmad Fadhli berkata, pandangan berkenaan adalah berbahaya.

    Kata ketua penerangan PAS Pusat itu lagi, tidak benar untuk Nga menuduh langkah pelajar dan sekolah terbabit mengajar kanak-kanak mengenai keganasan dan dendam.

    “Padahal ia hanya satu kaedah mengajar mereka mengenai perjuangan yang sedang ditegakkan di bumi Palestin,” katanya pada sidang media di parlimen, hari ini.

    Beberapa hari lalu tular rakaman video pendek menunjukkan sekumpulan kanak-kanak berpakaian seperti pejuang Palestin bersama senapang mainan dalam sebuah program.

    Ia mengundang kritikan sesetengah pihak dan dianggap sebagai mempromosikan keganasan.

    Untuk rekod program berkenaan berlangsung di luar dari tempoh sambutan Minggu Solidariti Palestin anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 29 Okt hingga 3 Nov ini.

    Pada 28 Okt lalu Nga menciap untuk menyatakan pandangannya bahawa sekolah bukanlah tempat untuk berkonflik atau menanam fahaman ekstremisme.

    Dalam hantaran tersebut, naib pengerusi kebangsaan DAPitu turut mengepilkan gambar dua murid bersama kain melilit kepala sambil memegang senjata mainan.

    Ahmad Fadhli berkata kenyataan dibuat Nga itu secara tidak langsung menunjukkan pendirian sebenar sesetengah pemimpin kerajaan terhadap isu Palestin.

    “Ini merupakan kenyataan yang sangat bahaya. Pada kami, ia menampakkan wajah sebenar sebahagian pemimpin yang berada dalam kerajaan hari ini,” katanya.

    Dalam perkembangan sama Ahmad Fadhli mendakwa sebuah sekolah vernakular di Selangor turut menganjurkan program yang menunjukkan pelajarnya membawa senjata mainan.

    ALSO READ:  Mahkamah Tinggi tolak rayuan saman Dusuki terhadap Jeming

    Kata Ahmad Fadhli program itu diadakan pada 20 Okt lalu. Bagaimanapun, semakan MalaysiaKini mendapati hantaran terbabit telah dipadamkan.

    “Kalau yang terlibat dengan solidariti Palestin dianggap ganas, bagaimana pula senjata mainan dalam bentuk (kostum) adiwira, dalam komik dan sebagainya dianggap tidak mengapa?

    “Ini satu pandangan berat sebelah,” katanya lagi.

    Justeru Ahmad Fadhli menggesa KPM tidak mengambil tindakan ke atas pelajar serta guru yang terlibat dalam program menyokong Palestin berkenaan.

    “Kami menuntut supaya guru-guru yang terlibat dalam minggu penghayatan Palestin ataupun solidariti itu jangan diambil tindakan.

    “Kalau dikenakan tindakan, kita (PN) akan nyatakan pendirian dan akan mengajak seluruh masyarakat Malaysia untuk sama-sama bersolidariti dengan pengurusan pihak sekolah,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts