Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPAS setuju k’jaan beri sokongan moral bantu ‘bujang senja’

    PAS setuju k’jaan beri sokongan moral bantu ‘bujang senja’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN l Seorang pemimpin tertinggi PAS hari ini mencadangkan kepada kerajaan supaya memberikan sokongan moral kepada ‘bujang senja’ yang mampu untuk berpoligami.

    Tuan Ibrahim Tuan Man (Perikatan Nasional-Kubang Kerian) berkata amalan itu boleh menjadi “jalan keluar” kepada jutaan wanita yang masih belum berkahwin walaupun selepas umur 30 tahun.

    Menurut timbalan presiden PAS itu, laporan bancian penduduk Malaysia pada 2010 menunjukkan bahawa 5.56 juta rakyat Malaysia berumur 30 tahun ke atas membuat keputusan sama ada untuk berkahwin lewat, belum berkahwin, atau langsung tidak mahu berkahwin.

    Daripada jumlah itu, katanya, 4.8 juta adalah wanita. Alasan utama yang disebut di sebalik keputusan itu ialah masalah kewangan (56 peratus), tiada calon yang sesuai (18.4 peratus), dan kerjaya (9.4 peratus).

    “Saya ingin ambil perhatian bila negara kita ini sensitif soal poligami. Bila (kita) sebut poligami macam buat jenayah.

    “Saya fikir kementerian (pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat) perlu rasional dalam isu ini Di mana bagi mereka yang mampu, ada kelayakan (dan) boleh adil, satu sokongan moral perlu diberi.

    “Bayangkan 8.4 juta wanita belum berkahwin,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2024 di peringkat jawatankuasa kementerian itu, di Dewan Rakyat, hari ini.

    Menurut Tuan Ibrahim, amalan sedemikian mungkin bukan penyelesaian muktamad untuk masalah tersebut.

    Namun ia mampu memberi jalan keluar kepada wanita yang ingin berkahwin.

    “Saya fikir belah sana (blok penyokong kerajaan) pun ramai yang sokong saya.

    “Idea (ini) sekadar untuk dipertimbangkan kementerian mencari jalan (untuk masalah itu),” katanya.

    Suasana kemudian gamat seketika apabila Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mencelah dan mengajukan soalan kepada Tuan Ibrahim.

    “Kubang Kerian satu ke dua?’ soalnya sambil disambut gelak ketawa daripada ahli parlimen daripada kedua-dua pihak.

    ALSO READ:  Thousands told to flee homes in Australia amid heat spike, bushfire threat
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts