Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPAS sindir saiz kabinet baru Anwar

    PAS sindir saiz kabinet baru Anwar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PAS mengkritik Anwar Ibrahim kerana membesarkan kabinetnya daripada 28 kepada 31 orang.

    “Waktu dia menyusutkan kabinet: ini membuktikan kerajaan berjimat cermat, manakala kerajaan sebelumnya hanya tahu membazir,” sindir Ketua Penerangan PAS Fadhli Shaari.

    “Waktu kabinet dibesarkan: ini menunjukkan kerajaan prihatin.

    “Dia sentiasa betul,” sindir Ketua Penerangan PAS Fadhli Shaari.

    Penyusunan semula kabinet yang diumumkan Anwar Ibrahim pagi ini menyaksikan jumlah Menteri meningkat daripada 28 ke 31 orang.

    Lima Menteri baru dilantik, iaitu Gobind Singh Deo (Digital), Dzulkefly Ahmad (kesihatan), Johari Ghani (perladangan dan komoditi), Steven Sim (sumber manusia) dan Amir Hamzah Azizan (kewangan II).

    Hanya seorang Menteri digugurkan iaitu V Sivakumar (sumber manusia), yang terlibat dalam kontroversi rasuah melibatkan kementeriannya,

    Selain itu, jumlah timbalan Menteri juga bertambah dari 27 kepada 29 orang.

    Semasa PH di bawah pimpinan Mahathir Mohamad, terdapat 28 Menteri dilantik manakala timbalan pula seramai 27 orang.

    Pada era Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, ketika PAS menjadi sebahagian dari kerajaan, bilangan Menteri adalah 32 dengan 38 timbalan.

    Barisan kabinet tersebut adalah yang terbanyak dalam sejarah negara.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts