Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPAS sokong penyelesaian segera isu undang-undang syariah

    PAS sokong penyelesaian segera isu undang-undang syariah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menuntut penyelesaian segera terhadap perdebatan yang berlaku dalam kalangan umat Islam berkaitan undang-undang syariah di negara ini.

    Katanya, perdebatan itu berpunca daripada beberapa keputusan dan penghakiman mahkamah yang menyaksikan undang-undang syariah dicabar dan dibatalkan, sekaligus mendedahkan kepada kemungkinan pembatalan undang-undang sama di Negeri lain pada masa akan datang.

    “PAS berharap semua pihak berkepentingan yang juga bersifat rentas parti seharusnya dijemput untuk turut sama-sama memberi pandangan dan buah fikiran bagi memastikan hasrat mempertingkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah dapat direalisasikan,” katanya dalam kenyataan semalam.

    Takiyuddin merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Feb yang menyaksikan barisan sembilan hakim memberikan keputusan majoriti 8-1 kepada petisyen difailkan peguam Nik Elin Zurina dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman untuk membatalkan 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Syariah Jenayah (I) Kelantan 2019.

    Mahkamah memutuskan bahawa sidang DUN Kelantan melangkaui kuasa perundangannya seperti yang terkandung dalam Senarai Negeri (Senarai II) dalam Jadual Sembilan Perlembagaan Persekutuan.

    Bagaimanapun, mahkamah persekutuan hanya membenarkan 16 daripada 18 peruntukan yang dicabar itu dibatalkan.

    Sementara itu, Takiyuddin berkata PAS menyokong usaha Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi Dewan Undangan Negeri, yang menyemak semula dan mencadangkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan jika perlu.

    Ini termasuk inisiatif lain yang dijalankan bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

    “Sebagai masyarakat Islam yang menerima syariah bukan sahaja sebagai suatu tanggungjawab tetapi juga hak agama, PAS percaya semua langkah ke arah memartabatkan undang-undang syariah mesti diambil dan diberi dukungan penuh tanpa mengira pihak, parti atau kumpulan,” katanya.

    Ketika keputusan Mahkamah Persekutuan berpihak kepada Nik Elin, Takiyuddin menyatakannya sebagai hari “Jumaat yang hitam” bagi sistem perundangan syariah Negeri terbabit.

    ALSO READ:  Mangsa banjir di Perak terus meningkat pagi ini

    Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar memberi jaminan kedudukan Mahkamah Syariah kekal utuh seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga pengerusi MKI bertitah menggesa semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara.

    Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan bahawa badan perundangan Kelantan telah melebihi kuasa menggubal undang-undang Negeri seperti yang terkandung dalam Senarai Negeri (Senarai II) Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

    Dalam penghakimannya, dia mengingatkan bahawa apa yang dicabar dua wanita Islam itu bukanlah kedudukan Islam dan sistem perundangan syariah di Malaysia, tetapi cabaran mengenai kompetensi 18 peruntukan yang dibuat yang didakwa melankaui had kuasa pembuatan undang-undang Negeri.

    Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Abdul Rahman Sebli, berpandangan dua beranak tersebut tiada locus standi (kedudukan undang-undang) untuk membuat cabaran tersebut kerana mereka tidak terkesan dengan pelaksanaan peruntukan tersebut.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts