Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPAS susun strategi khusus untuk tarik undi bukan Islam

    PAS susun strategi khusus untuk tarik undi bukan Islam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PAS akan menganjurkan program pemukiman khas untuk membincangkan strategi menarik sokongan pengundi bukan Islam kepada parti tersebut.

    Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Halimah Ali, menyatakan bahawa parti itu perlu menguasai isu berkaitan bukan Muslim jika ingin menjadi parti dominan dalam kerajaan sama ada di peringkat Negeri mahupun persekutuan.

    Katanya, selepas ucapan dasar Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menekankan mengenai pengaruh PAS dalam kalangan bukan Islam masih tidak memuaskan, Lajnahnya ingin merangka pelan untuk menjadikan parti terbabit pilihan orang bukan Islam.

    Ahli Parlimen Kapar itu menyatakan bahawa mereka menetapkan tahun 2030 sebagai matlamat yang ingin dicapai.

    “PAS mahu menjadi parti dominan dan kerajaan di Selangor dan juga Pusat. Sudah tentulah kita perlu menguasai isu bukan Muslim sehingga mereka menjadikan PAS parti pilihan mereka.

    “Sebab itu kita mahu semua Negeri bersama-sama dalam retreat (pemukiman) nanti untuk membincangkan bagaimana cara dan pendekatan untuk mencapai matlamat tersebut,” katanya seperti dilaporkan harakahdaily hari ini.

    PAS sebelum ini telah mendapat sokongan meluas dari masyarakat bukan Melayu-Islam sehingga berjaya memenangi kawasan campuran, samada di peringkat dewan undangan Negeri atau parlimen.

    Parti tersebut juga menubuhkan badan khas untuk menampung sokongan berkenaan, iaitu Kelab Penyokong PAS, sebelum dinaik taraf menjadi Dewan Himpunan Penyokong PAS pada Mei 2010.

    PAS juga beberapa kali menamakan individu bukan Islam untuk bertanding mewakili parti tersebut dalam pilihan raya.

    Langkah tersusun, bijaksana

    Bagaimanapun, pendekatan berbeza yang telah diambil oleh PAS sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan masyarakat bukan Islam – khususnya kaum Cina – menjarakkan diri.

    Semasa PAS menjadi kerajaan untuk seketika pada 2020 hingga 2022, Ketua DHPP, N Balasubramaniam, dilantik menjadi Ahli Dewan Negara.

    ALSO READ:  Saman SRC: 'Bank BSI tergoda dengan bayaran, tak lapor transaksi meragukan'

    Halimah berkata pemukiman PAS itu akan diadakan selama dua hari mulai 19 Januari ini dan dirasmikan oleh Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar.

    Kata Halimah, dia yakin kehadiran Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu akan dapat menguatkan lagi strategi PAS menarik sokongan pengundi bukan Islam.

    Sebelum ini, Abdul Hadi mengarahkan anggota parti itu menarik undi bukan Islam setelah berjaya menguasai sokongan Melayu di empat Negeri pada PRN baru-baru ini.

    “Perkara ini penting untuk dibincangkan dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, tersusun dan bijaksana,” katanya dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS ke-69 di Shah Alam pada 20 Oktober tahun lalu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts