Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPAS tak mau cakap isu undi tak percaya sepanjang masa

    PAS tak mau cakap isu undi tak percaya sepanjang masa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ketika sumber dari Bersatu mendakwa memang tiada usul tidak percaya akan dibawa ke Dewan Rakyat pada sidang akan datang, PAS pula dilaporkan belum membuat keputusan mengenainya.

    Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari, berkata masa masih panjang dan “lambat lagi” parlimen bersidang untuk parti itu membuat keputusan mengenainya.

    Buat masa ini, katanya, ahli parlimen PAS sedang menjalankan tugas seperti biasa dan enggan bercakap mengenai isu mengetepikan perdana Menteri.

    “Perkara ini (undi tidak percaya) akan diputuskan menje­lang persidangan Dewan Rak­yat nanti. Sidang lambat lagi.

    “Sekarang kita (PAS) bekerja untuk kepentingan rakyat, kita tidak mahu bercakap soal undi tidak percaya sepanjang masa,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

    Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas secara sinis menegaskan pihak yang asyik bercakap mengenai usul undi tidak percaya sebelum ini ialah pembangkang dahulu yang kini sudah menjadi kerajaan.

    “Jadi, tidak payah bincang soal percaya atau tidak percaya. Kita bincang pasal isu banjir, rakyat dan lain-lain,” katanya lagi.

    Cuma berani di belakang

    Semalam akhbar sama memetik seorang ahli parlimen Bersatu yang tidak didedahkan memberi pengesahan parti itu tidak akan mengemukakan usul mencabar keabsahan Anwar Ibrahim sebagai perdana Menteri.

    Kata ahli parlimen itu Bersatu mengaku cubaan mengemukakan usul tersebut adalah sia-sia kerana mereka tidak mempunyai sokongan mencukupi di Dewan Rakyat.

    Dia juga menyalahkan segelintir ahli parlimen Umno – yang dipercayai tidak sehaluan dengan kerajaan – sebagai hanya berani di belakang saja tetapi takut untuk mengambil tindakan terhadap kerajaan.

    “Memang tidak ada yang menghantar usul undi tidak percaya ke parlimen, memang tidak ada.

    “Untuk Bersatu, saya berani mengesahkan untuk waktu dan ketika ini,” katanya dipetik Utusan Online.

    Anwar Ibrahim

    Isu usul undi tidak percaya terhadap Anwar muncul selepas negara dikejutkan dengan dakwaan wujudnya gerakan menjatuhkan kerajaan – digelar sebagai Langkah Dubai.

    ALSO READ:  Ukraine to fire all regional military recruitment chiefs - Zelenskiy

    Bagaimanapun PN kelihatan berteka-teki sama ada mengesahkan atau menafikan kewujudan gerakan tersebut.

    Anwar pula mencabar pembangkang untuk mengemukakan usul undi tidak percaya ke atasnya di Dewan Rakyat jika mereka mahu menumbangkan kerajaan.

    Pengerusi PH itu berkata, kerajaan perpaduan sudah memberi ruang kepada pembangkang untuk mengemukakan usul tersebut sejak tahun lalu namun ia tidak dilakukan mereka.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts