Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPAS tak rayu keputusan mahkamah, PRK di Kemaman

    PAS tak rayu keputusan mahkamah, PRK di Kemaman

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    PAS tidak akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu pada 26 September yang membatalkan kemenangan calonnya Che Alias Hamid di Kemaman. Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata langkah itu diambil memandangkan “hakim tidak menamakan mana-mana pihak” yang terlibat dengan amalan rasuah bagi kawasan itu. “Sehubungan dengan itu PAS menunggu dan bersiap sedia untuk mengambil langkah selanjutnya berdasarkan ketetapan yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan daripada keputusan tersebut,” katanya. Takiyuddin berkata demikian dalam kenyataan ringkas empat perenggan hari ini. Mahkamah Pilihan Raya minggu lalu membatalkan kemenangan Che Alias Hamid. Ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Anselm Charles Fernandis yang membenarkan petisyen pilihan raya yang difailkan oleh Mohamad Hisham Wan Abdul bagi pihak BN. Keputusan dibuat setelah mahkamah berpuas hati bahawa pihak pempestiyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen pilihan raya umum ke-15. Dengan ketiadaan rayuan bagi pihak PAS dalam tempoh 14 hari, SPR akan mengisytiharkan kerusi parlimen itu kosong, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya kecil. Dalam pilihan raya 2022, Che Alias menang besar dengan majoriti 27,179 undi dalam pertembungan empat penjuru. Dia mendapat 65,714 undi, diikuti Ahmad yang juga bekas Menteri besar dengan 38,535 undi, calon Pakatan Harapan (PH) Hasuni Sudin (8,340 undi) dan calon Pejuang Rosli Ab Ghani (506 undi).

    PAS tidak akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu pada 26 September yang membatalkan kemenangan calonnya Che Alias Hamid di Kemaman.

    Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata langkah itu diambil memandangkan “hakim tidak menamakan mana-mana pihak” yang terlibat dengan amalan rasuah bagi kawasan itu.

    ALSO READ:  Health Ministry guidelines to beef up disaster and crisis response

    “Sehubungan dengan itu PAS menunggu dan bersiap sedia untuk mengambil langkah selanjutnya berdasarkan ketetapan yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan daripada keputusan tersebut,” katanya.

    Takiyuddin Hassan

    Takiyuddin berkata demikian dalam kenyataan ringkas empat perenggan hari ini.

    Mahkamah Pilihan Raya minggu lalu membatalkan kemenangan Che Alias Hamid.

    Ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Anselm Charles Fernandis yang membenarkan petisyen pilihan raya yang difailkan oleh Mohamad Hisham Wan Abdul bagi pihak BN.

    Keputusan dibuat setelah mahkamah berpuas hati bahawa pihak pempestiyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen pilihan raya umum ke-15.

    Dengan ketiadaan rayuan bagi pihak PAS dalam tempoh 14 hari, SPR akan mengisytiharkan kerusi parlimen itu kosong, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya kecil.

    Dalam pilihan raya 2022, Che Alias menang besar dengan majoriti 27,179 undi dalam pertembungan empat penjuru.

    Dia mendapat 65,714 undi, diikuti Ahmad yang juga bekas Menteri besar dengan 38,535 undi, calon Pakatan Harapan (PH) Hasuni Sudin (8,340 undi) dan calon Pejuang Rosli Ab Ghani (506 undi).

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts