Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines‘PAS tak tolak semua konsert, kalau ikut panduan, saya pun akan hadir’

    ‘PAS tak tolak semua konsert, kalau ikut panduan, saya pun akan hadir’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PAS Tegaskan Tidak Menolak Semua Jenis Konsert, Tetapi Mesti Patuh Garis Panduan Agama

    Walaupun menggesa kerajaan membatalkan konsert bintang pop British Ed Sheeran, PAS menegaskan bahawa parti itu tidak menolak semua jenis konsert atau persembahan nyanyian secara keseluruhan.

    Namun, Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, penganjuran konsert atau apa-apa acara hiburan itu mestilah mengikut garis panduan dan pelaksanaan yang disediakan dan dinilai oleh pihak berkuasa agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

    “Di Kelantan pun ada konsert tertentu diadakan tapi mestilah penuhi syarat dan garis panduan dalam pelaksanaan konsert tersebut.

    “Jika bawa artis luar (buat persembahan) di negara kita, sewajarnya, artis itu mestilah yang menghormati budaya dan tata susila masyarakat di Malaysia.

    “Kita tidak mahu ada artis yang membawa budaya songsang yang akan memberi kesan secara tidak langsung kepada rakyat melalui pemikiran dan budaya yang dibawanya,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

    Semalam, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP), Ahmad Yahaya menggesa kerajaan membatalkan konsert bintang pop British Ed Sheeran kerana didakwa menyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

    Selain menegaskan penganjuran konsert itu pada 24 Feb mencemarkan kesucian bulan Ramadan yang dijangka bermula pada 10 Mac depan, Ahmad turut membangkitkan insiden melibatkan kumpulan pro-LGBT The 1975, yang telah melakukan adegan kurang sopan ketika membuat persembahan di hadapan ribuan penonton, Julai tahun lalu.

    Konsert tersebut turut mendapat reaksi mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor yang menyeru umat Islam memulaukan konsert itu kerana Sheeran dikatakan “penyokong tegar komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).”

    Namun di sebalik gesaan itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberi jaminan konsert Ed Sheeran akan berjalan seperti yang dijadualkan.

    ALSO READ:  IGP: Reputasi polis rosak ekoran anggota langgar tatatertib

    Kata Fahmi, konsert itu telah mendapat lampu hijau daripada Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-Puspal).

    “Kita bantah konsert Ed Sheeran ini kerana pengaruh LGBT, sebab itu saya tekankan perkara ini mesti diletakkan garis panduan oleh pihak berkuasa agama dan libatkan Jakim dalam penyediaan garis panduan, insya-Allah PAS tidak ada masalah,” kata Sukri.

    Selain itu, dia juga mencadangkan kepada kerajaan supaya menambah anggota Jakim di dalam JK-Puspal supaya penilaian dan keputusan yang dibuat itu lebih tepat dan bersesuaian dengan masyarakat negara ini yang majoritinya beragama Islam.

    “Saya menggesa kerajaan untuk menyediakan garis panduan pelaksanaan konsert melalui Menteri agama, supaya ia teratur dan dimaklumkan terdapat seorang sahaja anggota Jakim yang berada dalam JK-Puspal, jadi, saya minta tambah supaya pandangan dan penilaian serta keputusan yang dibuat itu tepat serta bersesuaian dengan majoriti umat Islam di negara kita.

    “Saya berpandangan elok juga dilibatkan mufti dalam menyediakan garis panduan tersebut kerana ia akan menjaga tatasusila dan budaya kita, jika semua telah dilaksanakan mengikut garis panduan, saya juga akan hadir ke konsert tersebut,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts