Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPAS terdesak, masih berangan tarik sokongan Umno - DAP

    PAS terdesak, masih berangan tarik sokongan Umno – DAP

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK Kemaman | Pengakuan PAS bahawa PN masih berusaha menarik sokongan Umno menunjukkan parti itu semakin terdesak untuk menjatuhkan kerajaan, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

    Menurutnya, penegasan itu juga menunjukkan PN tidak pernah berputus-asa mahu memporak-peranandakan kestabilan negara yang sudah dicapai melalui kerajaan perpaduan.

    “Memang ini menunjukkan mereka terdesak, tak pernah berputus-asa nak memporak perananda dan mengkucar-kacirkan kestabilan politik.

    “Apa yang sudah ada hari ini sebenarnya sudah cukup baik, kerajaan stabil, kerajaan boleh melaksanakan tanggungjawab dan tugasnya.

    “Usaha seperti itu amat tidak bertanggungjawab,” katanya kepada media selepas turun berkempen di Chukai, Kemaman, yang turut disertai Pengerusi Umno Terengganu, Ahmad Said, malam tadi.

    Loke berkata titah Yang di-Pertuan Agong agar semua pihak memastikan kerajaan stabil juga tidak dihiraukan PAS.

    “Sedangkan Yang di-Pertuan Agong berkali-kali bertitah supaya pastikan kerajaan stabil dan tidak lagi ada kucar-kacir politik dan fokus bangunkan negara.

    “Tetapi mereka ini tak habis-habis berangan nak rampas kerajaan. Tunggulah sampai pilihan raya,” Tambahnya.

    Loke berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menyatakan PN masih berusaha menarik sokongan pemimpin Umno yang tidak menyokong kerjasama dalam kerajaan perpaduan.

    Abdul Hadi berkata pencalonan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar di PRK Kemaman juga merupakan persediaan untuk PN mengambil-alih Putrajaya.

    “Kita sedang memujuk lagi Umno, kerana (ahli Parlimen) Umno bukan semua sokong PH, (kita) sedang pujuk lagi pihak lain untuk bergabung,” katanya dalam ceramah perdana di Dewan Sivik di Kijal, malam, semalam.

    PAS pun pernah kerjasama dengan DAP

    Sementara itu ketika ditanya mengenai kempen PAS di Kemaman yang banyak menyentuh isu hubungan Umno dan DAP, Loke berkata perkara itu menunjukkan PN ketandusan modal.

    ALSO READ:  Mahkamah benarkan permohonan pinda tiga pertuduhan ke atas Najib

    Menurut Menteri pengangkutan itu, tidak ada yang perlu digusarkan mengenai kerjasama antara Umno dan DAP.

    “Jadi hari ini apa yang kita takutkan? Saya boleh turun bersama dengan pemimpin Umno, berkempen bersama orang lama Umno Ahmad Said. Tak ada masalah kita turun ke kawasan pengundi Cina, pergi ke kedai kopi berceramah.

    “Kalau kita terlalu taasub kepada sentimen lama ini tak akan membawa ke mana-mana,” katanya.

    Bagaimanapun kata Loke, PAS terus memainkan sentimen berkenaan bagi meretakkan hubungan antara DAP dan Umno.

    “Kalau asyik nak mainkan sentimen, jangan lupa PAS pun pernah bekerjasama dengan DAP, jadi apa masalahnya?” tegas ahli Parlimen Seremban itu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts