Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPAS tolak perpaduan dengan pihak 'nyata zalimnya'

    PAS tolak perpaduan dengan pihak ‘nyata zalimnya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Abdul Hadi Awang menegaskan partinya tetap beristiqamah bersama “Islam yang berkuasa” dan bukan sebaliknya yang dianggap sebagai “Islam sekular yang tidak berkuasa”.

    Kata Presiden PAS itu “Islam sekular” tersebut dicacatkan oleh penjajah dengan meninggalkan petunjuk Allah, seterusnya membawa akibat buruk yang dapat disaksikan sekarang.

    Mengulas mengenai aspek perpaduan yang kini menjadi perbincangan, Abdul Hadi berkata, perkara itu dilihat penting sehingga menjadikan semua menguar-uarkan perpaduan.

    “Allah menciptakan manusia menjadi satu umat walaupun terdiri daripada berbagai-bagai bangsa, berbeza kebolehan dan berlainan kemampuan kerana perananan masing-masing yang tidak sama.

    “Namun begitu semua manusia bersatu dalam bermasyarakat dan bertamadun secara fitrah,” katanya dalam tulisan minda presiden bertajuk Perpaduan Berdasarkan Petunjuk Allah.

    Walaupun Abdul Hadi tidak menyatakan secara jelas apa yang dirujuknya dalam catatan tersebut, ia mengingatkan sesetengah pihak kepada pendirian PN – termasuk PAS sebagai komponen – menolak idea Istana Negara mengenai pembentukan kerajaan perpaduan selepas PRU ke-15 lalu.

    Ekoran kebuntuan daripada keputusan PRU berkenaan, tiada mana-mana pihak memperoleh majoriti mudah di Dewan Rakyat dan gagal membentuk kerajaan secara bersendirian.

    Ia mendorong Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan.

    Bagaimanapun, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, menolak saranan tersebut.

    Selepas ditolak, PH – sebagai parti yang memenangi kerusi terbanyak – akhirnya membentuk kerajaan bersama dengan BN sebelum turut disertai parti-parti lain di Sabah dan Sarawak.

    Abdul Hadi berkata PAS menolak perpaduan yang berbentuk sekular dan liberal yang didakwanya diwarisi daripada penjajah justeru ia diharamkan.

    Langkah itu, katanya, tidak menjadikan PAS “degil” sebaliknya menjalankan kewajiban sebagai hamba Allah yang beriman serta mengikut perintah Tuhan.

    ALSO READ:  Usul kajian separuh penggal RMK12 lulus suara majoriti

    “Kita menyaksikan dengan nyata kegagalan idealogi dan teori ciptaan manusia sedang berlaku.

    “Masalahnya masih ramai yang tidak mahu menerima penyelesaian Islam yang ingin dikembalikan oleh PAS kerana masih tegar pegangannya kepada pelaksanaan yang gagal,” katanya.

    Ahli Parlimen Marang itu juga mendakwa PAS tidak diberi peluang apabila mereka dihadapkan dengan banyak sekatan sehingga mencabuli konsep demokrasi.

    Dia kemudian menjelaskan PAS tidak boleh “bersatu” dengan pihak lawan apabila menganggap mereka sebagai “nyata zalimnya.”

    “PAS tidak boleh bersatu dengan mereka yang nyata zalimnya bertindak secara terpilih dalam memerintah negara, kerana hukum nafsunya lawan bukannya mencari kawan,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts