Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPAS turut suburkan tindakan ektremisme agama - Khalid Samad

    PAS turut suburkan tindakan ektremisme agama – Khalid Samad

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kempen politik haluan kanan dibawa PAS turut menyumbang kepada bertambahnya tindakan ektremisme, kata Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.

    Menurutnya, meskipun Amanah menerima baik pendirian PAS yang mempertahankan Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok daripada ancaman bunuh, namun kempen kebencian dan dakyah bahawa Islam terancam dibawa parti itu menyuburkan ektremisme agama.

    “Rentetan daripada beberapa siri kejadian yang berlaku sejak minggu lepas terutamanya serangan di balai polis Ulu Tiram, Johor dan cubaan menceroboh Istana Negara dengan bersenjatakan parang beberapa hari lalu, Amanah WP bimbang dengan suasana perkauman dan perbalahan agama yang semakin meruncing hasil dari golongan yang memainkan isu-isu perkauman atau fahamn agama sempit dan melampau.

    “Amanah WP menerima baik pendirian PAS yang membela MP Seputeh dan mengutuk ancaman membunuh itu tetapi PAS perlu juga menyedari bahawa kempen politik haluan kanan yang dibawa mereka turut menyumbang kepada bertambahnya kecenderungan terhadap tindakan ekstrimisme. Kempen kebencian dan dakyah bahawa islam terancam adalah jenis propoganda yang menyuburkan ekstrimisme agama,” katanya dalam kenyataan.

    Khalid mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan yang menyatakan solidariti parti itu terhadap Teresa dan mengutuk keras insiden ugutan bunuh terhadap pemimpin DAP itu.

    Mengulangi gesaan serupa, Khalid berkata tindakan tegas perlu diambil oleh PDRM tanpa sebarang kompromi terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dalam ugutan jenayah atau perlakuan yang boleh mencetuskan keganasan, bagi membendung insiden sama berleluasa.

    “Amanah WP juga menyeru semua pihak agar bersikap bertanggungjawab dengan tidak mencetuskan sebarang provokasi dengan memainkan isu dan sentimen perkauman, ekstrimisme agama atau apa sahaja perkara yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keharmonian yang sedang kita kecapi bersama ini,” katanya.

    ALSO READ:  First person in England and Wales convicted of cyber-flashing

    Pada Ahad lalu, Kok menerima sampul surat dengan dua peluru dan sepucuk surat yang mengandungi kata-kata perkauman dalam peti surat rumahnya.

    Polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

    DAP juga mengutuk sekeras-kerasnya ugutan bunuh yang dibuat terhadap naib pengerusi parti itu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts