Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPAS ucap terima kasih PM bantu bawa keluar keluarga Nadir

    PAS ucap terima kasih PM bantu bawa keluar keluarga Nadir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PAS mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kerana berusaha membantu membawa keluar keluarga aktivis Nadir An-Nuri yang berada di Palestin.

    Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, berkata usaha tersebut memerlukan hubungan yang baik khususnya dengan Mesir bagi membawa keluar keluarga aktivis itu.

    “Terima kasih atas kesungguhan dan usaha perdana Menteri memastikan keluarga saudara Nadir An-Nuri disatukan semula.

    “Tentu sekali ia memerlukan kepada perbincangan dan hubungan baik dengan Mesir khususnya bagi memastikan misi ini berjaya.

    “Tahniah kepada saudara Nadir, tentunya ini hadiah hari raya yang paling berharga untuk beliau,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebooknya.

    Semalam Nadir An-Nuri atau nama sebenarnya Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman menzahirkan rasa syukur di atas kepulangan keluarganya dari Palestin.

    Dalam satu hantaran di Facebooknya, Nadir berkata watak utama dalam ‘misi gila’ bagi membawa keluar keluarganya ialah perdana Menteri sendiri.

    Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, berkata kisah bermula apabila dia bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby berpeluang menemui Anwar pada satu majlis di Shah Alam.

    Menurut Muhammad Nadir, pada kesempatan itu, dia sempat memberitahu Anwar bahawa keluarganya terkandas di Rafah.

    Bagaimanapun, Anwar hanya sempat membelek kiriman dan memberikan respon ringkas bahawa dia akan membantu sebelum terus menaiki kenderaan ke majlis seterusnya.

    “Hati saya mula luluh, mungkin itu bahasa orang politik saja, namun dalam surat, ada saya akhiri ayat dengan kepada Allah jualah kami berserah. Saya langsung tawakal dan dan serahkan segalanya kepada Allah.

    “Sehari sebelum Aidilfitri, saya dihubungi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi, watak penting yang mengusahakan misi ini,” tulisnya di Facebook.

    ALSO READ:  18 pusat mengundi PRK KKB dibuka pagi ini

    Hantaran Nadir mendapat perhatian Anwar yang turut memuat naik hantaran di Facebooknya menzahirkan rasa syukur kerana dapat membantu membawa keluarga berkenaan keluar dari kawasan konflik Gaza.

    Anwar turut menyatakan penghargaannya kepada Presiden Mesir Abdel Fattah Al Sisi dan kerajaan Mesir atas kerjasama yang diberikan, dalam membawa keluar keluarga Muhammad Nadir Al-Nuri daripada kawasan konflik.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts