Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines‘Pasaran hartanah 2023 tak bermaya kerana pembeli tak mampu’

    ‘Pasaran hartanah 2023 tak bermaya kerana pembeli tak mampu’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pasaran hartanah tahun lepas kurang bermaya kerana isu ketidakmampuan pemilikan rumah, kata Pengurus PropertyGuru Sheldon Fernandez.

    “Bakal pemilik rumah bergelut dengan isu ketidakmampuan pemilikan dan ini mengakibatkan pasaran hartanah kurang bermaya pada 2023,” katanya.

    Dalam kenyataan hari ini, Fernandez berkata harga jualan rumah kekal mahal walaupun kadar kenaikannya kini stabil. 

    Menurut laporan data PropertyGuru, kenaikan harga ialah sebanyak 1.9 peratus pada suku pertama, diikuti dengan 2.1 peratus, 1.5 peratus dan 1.8 peratus pada suku-suku seterusnya.

    Namun, katanya. walaupun kenaikan harga rumah bagi konsisten menunjukkan trend kestabilan, pembeli masih tidak mampu.

    Sheldon Fernandez

    Katanya, orang ramai masih mengambil sikap tunggu dan lihat.

    “Pendekatan tunggu dan lihat yang digunakan orang ramai mampu membuahkan hasil kerana trend harga masa hadapan dijangka akan lebih stabil berikutan permintaan perumahan yang berkurangan,” katanya.

    Sanggup tiada kemudahan

    Sementara itu, Fernandez mendedahkan tinjauan mereka mendapati hampir separuh responden sanggup melepaskan kemudahan disediakan demi mendapatkan harga lebih murah.

    Katanya 49 peratus responden sanggup membeli hartanah yang tiada kemudahan gimnasium dan 46 peratus lagi tidak keberatan jika tiada taman permainan kanak-kanak.

    Sementara itu, Sheldon juga berharap pasaran hartanah pada pertengahan tahun 2024 akan memberi keuntungan kepada para pembeli rumah.

    “Dengan pengekalan kadar dasar semalaman (OPR) dan inflasi yang yang semakin menyederhana, kami berharap pasaran hartanah akan menjadi lebih menguntungkan bagi pembeli rumah kali pertama menjelang pertengahan kedua tahun 2024,” kata Sheldon.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts