Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPasukan kempen PH diingat elak provokasi

    Pasukan kempen PH diingat elak provokasi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    PRK JOHOR | Memasuki hari kelima kempen, calon wakil kerajaan perpaduan dari Amanah untuk Simpang Jeram, Nazri Abdul Rahman, berkata pihaknya akan akur dengan peraturan pihak berkuasa selain akan mengelakkan sebarang tindakan provokasi.

    Bercakap kepada pemberita hari ini, Nazri berkata, mereka akan mematuhi semua arahan termasuk daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    “Jentera parti pun kami dah beri taklimat dari awal, (iaitu) kami perlu ikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

    “Kami cuba elakkan sebarang provokasi untuk melaksanakan kempen ini secara harmoni dan mudah-mudahkan perkara-perkara sedemikian (masalah) tidak berlaku,” katanya kepada pemberita selepas program Kopitiam Talk di Taman Sekeh Baru, hari ini.

    Nazri berkata demikian mengulas ketetapan masa berkempen sepanjang PRK kali ini.

    Semalam, Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata pihak berkuasa menetapkan tempoh tertentu untuk setiap calon bagi PRK Pulai dan Simpang Jeram bagi mengelak sebarang pertembungan sepanjang kempen.

    Difahamkan kenyataan itu dibuat susulan kejadian membabitkan petugas SPR menegur jentera PH kerana melanggar waktu berkempen semasa di Pasar Malam Taman Sutera, Johor Bharu.

    Petugas dengan weskot penguat kuasa SPR yang memantau kempen terbabit meminta jentera PH menutup kaunter bergerak di situ kerana memulakan kempen dua jam lebih awal daripada sepatutnya.

    Mengulas soal pertembungan semasa berkempen dengan calon lawan dari PN, Dr Mazri Yahya, Nazri berkata dia yakin tidak akan berlaku perkara yang tidak diingini.

    Hal itu kerana, jelas Nazri, meskipun bersaing dalam pilihan raya kecil kali ini, mereka tetap dianggap sahabat.

    “Kalau kami bertembung, elakkanlah provokasi… mereka adalah sahabat-sahabat kita juga,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts