Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPasukan Petugas 1MDB mahu ambil tindakan ke atas bank asing

    Pasukan Petugas 1MDB mahu ambil tindakan ke atas bank asing

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pasukan Petugas Pemulihan Aset 1MDB sedang mempertimbangkan untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap beberapa bank asing yang memberi kemudahan pemindahan dana berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tanpa melaksanakan proses Kenali Pelanggan Anda (KYC) dengan sewajarnya pada masa itu.

    Pengerusinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata pasukan petugas komited sepenuhnya untuk menangani perkara berkaitan 1MDB secara telus dan memastikan semua pihak terbabit adalah bertanggungjawab.

    “Kerumitan perjanjian penyelesaian memerlukan semakan yang teliti dan Pasukan Petugas 1MDB mengambil bahagian secara aktif dalam proses timbang tara untuk memastikan penyelesaian yang adil demi kepentingan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Johari berkata pasukan petugas juga sedang mengkaji sama ada perunding dan peguam yang mewakili kerajaan Malaysia pada masa itu mungkin telah gagal dalam tanggungjawab fidusiari mereka atau cuai dalam mencapai perjanjian penyelesaian.

    Beliau berkata pada masa ini, didapati perunding dan peguam yang mewakili kerajaan Malaysia pada masa itu gagal mendapatkan penyelesaian yang adil dan sewajarnya daripada Goldman Sachs Group Inc. 

    “Sebarang tindakan sedemikian di pihak perunding dan peguam, yang gagal merundingkan perjanjian penyelesaian yang adil dan jelas telah menjejaskan kedudukan kerajaan Malaysia dalam pertikaian yang sedang berjalan,” katanya.

    Menurut Johari, perjanjian penyelesaian yang ditandatangani pada Ogos 2020 antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs memerlukan syarikat itu membayar bayaran tunai US$2.5 bilion (US$=RM4.728) dan memberikan jaminan pemulihan aset sebanyak US$1.4 bilion kepada kerajaan Malaysia.

    Sementara itu, Johari berkata kerajaan Malaysia telah memfailkan jawapan balas pada 8 Nov, 2023, terhadap permohonan untuk timbang tara Goldman Sachs dan pihak terbabit kini dalam proses bersetuju mengenai jadual waktu tatacara.

    1MDB membayar yuran khidmat nasihat yang terlalu tinggi sebanyak US$606 juta kepada Goldman Sachs bagi nasihat membabitkan terbitan tiga bon berjumlah US$6.5 bilion.

    ALSO READ:  Feature: Chinese sculpture artist showcases Marco Polo's journey to worldwide audiences

    Penglibatan secara langsung Goldman Sachs dalam skandal 1MDB telah menyaksikannya didenda oleh pelbagai pihak pengawal selia, termasuk Jabatan Kehakiman AS yang berjumlah US$2.9 bilion. 

    Jumlah denda dibayar oleh Goldman Sachs adalah melebihi bayaran tunai yang dibuat kepada kerajaan Malaysia (US$2.5 bilion), walaupun Malaysia mengalami kesan terbesar daripada skandal 1MDB apabila perlu membayar sebanyak US$6.5 bilion (jumlah prinsipal) serta faedah kira-kira US$3.2 bilion dalam tempoh 10 tahun untuk melunaskan hutang 1MDB.

    Pertikaian pada masa ini tertumpu kepada cubaan Goldman Sachs untuk mengimbangi denda yang dikenakan ke atas AMMB Holdings Bhd (RM2.8 bilion) serta perjanjian penyelesaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) (US$1.8 bilion) terhadap jaminan pemulihan aset bernilai US$1.4 bilion. 

    Goldman Sachs menyatakan bahawa obligasinya di bawah jaminan pemulihan aset telah dilepaskan melalui usaha itu.

    Bagaimanapun, kerajaan Malaysia mempertikaikan perkara itu dan menegaskan bahawa denda yang dikenakan ke atas Ambank serta penyelesaian dengan IPIC adalah tidak termasuk dalam skop jaminan pemulihan aset yang bernilai US$1.4 bilion.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts