Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPasukan petugas khas percepat asing kuasa AG, pendakwa raya

    Pasukan petugas khas percepat asing kuasa AG, pendakwa raya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Dua pasukan petugas khas akan dibentuk untuk mempercepatkan pengasingan perananan dan kuasa antara Peguam Negara (AG) dan pendakwa raya (PP).

    Gesaan untuk pemisahan itu semakin diperhebat berikutan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan di mahkamah.

    Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said berkata pembentukan pasukan petugas khas itu diputuskan pada mesyuarat pertama untuk meneliti perkara tersebut.

    Katanya, kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan itu dan menjelaskan satu pasukan petugas akan diamanahkan untuk mengkaji perbandingan manakala satu lagi pasukan akan meneliti aspek teknikal.

    “Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada serta peraturan-peraturan berkaitan, selain membawa implikasi kewangan dan perjawatan yang besar kepada kerajaan,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

    Azalina yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata perbincangan berkenaan tertumpu kepada cabaran melaksanakan pembaharuan.

    “Hasil perbincangan akan dimaklumkan dalam mesyuarat jemaah Menteri yang akan datang bagi pertimbangan selanjutnya,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts