Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 12, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPBB: Angka korban banjir di Libya lepas 11,000

    PBB: Angka korban banjir di Libya lepas 11,000

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Bilangan kematian akibat banjir besar di Libya telah meningkat kepada kira-kira 11,300 orang dan bandar Darna dilaporkan terjejas paling teruk, mengikut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), seperti yang dilaporkan oleh dpa.

    OCHA juga mengumumkan bahawa 10,100 orang masih hilang di Derna, manakala seramai 170 orang dilaporkan terbunuh di beberapa kawasan timur Libya yang lain.

    “Jumlah korban dijangka meningkat seiring dengan berjalan siasatan dan operasi penyelamatan yang masih aktif,” kata OCHA.

    Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa hampir 4,000 orang yang terbunuh dalam banjir ini telah dikenal pasti.

    Ribut kuat bernama Daniel melanda Libya pada Ahad, 10 September selepas melalui Greece, Bulgaria, dan Turki.

    Kedua-dua empangan di gunung berhampiran pelabuhan Derna telah pecah akibat ribut kencang itu, menyebabkan banyak kawasan ditenggelami air.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,261FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts