Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPBT, peniaga ambil inisiatif kurangkan pembaziran di bazar Ramadan

    PBT, peniaga ambil inisiatif kurangkan pembaziran di bazar Ramadan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan peniaga bazar Ramadan di beberapa Negeri Semenanjung mengambil inisiatif mengurangkan pembaziran makanan dengan menganjurkan kempen kesedaran dan menyumbang di masjid.

    Di PULAU PINANG, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menganjurkan Program Kempen Cabaran Zero Waste @ Bazar Ramadan Bersama Persatuan Pendidik Lestari Hijau Pulau Pinang (GREW) untuk membeli tanpa membazir iaitu ke arah sifar sisa makanan.

    Datuk Bandar MBSP Datuk Azhar Arshad berkata amalan sifar sisa tersebut menjadikan masyarakat lebih menghargai sumber bumi dalam melestarikan alam sekitar dan mewujudkan kesedaran bahawa bukan hanya plastik yang menjadi punca pencemaran alam sekitar, malah makanan.

    “Menerusi kempen itu, kami menggalakkan orang ramai supaya mengurangkan penggunaan penyedut minuman plastik dan barangan plastik sekali guna di bazar Ramadan,” katanya Bernama hari ini.

    Sementara itu, tinjauan Bernama di bazar Ramadan Presint 3, PUTRAJAYA pula mendapati, rata-rata peniaga bijak merancang penyediaan makanan dan kuantiti jualan bagi mengelak pembaziran, malah ada yang mengambil inisiatif sedekahkan jualan kepada masjid dan surau.

    Peniaga nasi ayam dan ayam golek, Nur Faizura Mohamad, 37, berkata sambutan setiap hari di bazar Ramadan akan dipantau bagi merancang penyediaan jualan makanan mengikut hari tertentu bagi memastikan pembaziran tidak berlaku.

    “Alhamdulillah sambutan nasi ayam bagus jadi kebiasannya tidak banyak yang tak terjual. Kalau ada lebih pun dalam 10 pek sahaja. Itu pun kita sedekah antara peniaga atau dijual pada harga separuh,” katanya.

    Peniaga asam pedas yang hanya mahu dikenali ‘Mak’, 58, berkata oleh kerana penyediaan makanan dilakukan di bazar Ramadan, pembaziran tidak berlaku bagi beliau.

    “Kita memang masak di sini jadi pembaziran itu tidak banyak, kalau ada lebih pun itu beberapa mangkuk sahaja dan akan bagi sesama peniaga. Kalau tengok pada kesesakan, kalau ramai kita masak lagi dan kalau lembab (kurang sambutan) kita tidak masak,” katanya yang sudah berniaga lima tahun di bazar Ramadan.

    ALSO READ:  Penolong pengurus hotel didakwa cabul bekas pembaca berita

    Di KELANTAN, bilal Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Nik Azim Nik Abdullah mengakui pihaknya turut mengadakan kempen menyeru peniaga untuk menghantar lebihan jualan ke masjid.

    “Kita ada membuat hantaran di laman sosial Facebook menyeru para peniaga agar tidak melakukan pembaziran dengan menghantar makanan yang tidak terjual ke masjid. Namun begitu, sambutan daripada kempen tersebut tidak memberangsangkan dan kami beranggapan bahawa juadah peniaga habis terjual atau mereka memilih untuk bersedekah di lokasi lain,” katanya.

    Sementara itu, Penolong Setiausaha Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) Wan Mohd Afiq Wan Alias berkata pihaknya mengendalikan lebih 20 tan sisa makanan yang dibuang peniaga di bazar Ramadan Gua Musang di sini.

    “Hasil kutipan sisa buangan yang dilakukan setiap malam di tapak tersebut mendapati isipadu tong sampah selalunya hampir penuh. Anggaran sisa buangan di bazar Ramadan adalah kira-kira tiga tan sehari,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts