Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly Seoul from Kuala LumpurFly Seoul from Kuala Lumpur
Thursday, August 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly Seoul from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPDRM terima 37 laporan ancaman bom palsu di seluruh negara - IGP

    PDRM terima 37 laporan ancaman bom palsu di seluruh negara – IGP

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima sebanyak 37 laporan polis berhubung ancaman bom palsu di seluruh negara sehingga 2 petang tadi.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menyatakan bahawa laporan yang diterima melibatkan 28 sekolah antarabangsa, tujuh sekolah swasta dan dua sekolah kerajaan.

    Beliau turut menyatakan bahawa Negeri Selangor merupakan Negeri yang paling tinggi dengan 15 laporan polis, diikuti oleh Kuala Lumpur dengan enam laporan, Johor (enam), Pulau Pinang (tiga), Perak (dua), Negeri Sembilan (dua), Kedah (satu), Sarawak (satu) dan Sabah (satu).

    “Susulan kepada itu, PDRM telah membuka sembilan kertas siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Pada hari sebelumnya, Razarudin juga memaklumkan bahawa PDRM telah menerima 19 laporan mengenai ancaman bom palsu yang dihantar melalui e-mel ke beberapa buah sekolah swasta dan kerajaan di seluruh negara.

    Ancaman tersebut dihantar melalui dua akaun e-mel menggunakan nama ‘taktstorer’ yang bermaksud ‘pengganggu ketenteraman’ dalam bahasa Jerman daripada penyedia perkhidmatan e-mel beeble.com.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,333FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,050FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts