Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines‘Pegawai kejam zaman maharaja China' minta pemimpin 'kurang cerdik' diam

    ‘Pegawai kejam zaman maharaja China’ minta pemimpin ‘kurang cerdik’ diam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Pemuda Umno: Saya Tidak Peduli Dengan Kritikan Terhadap Tindakan Saya

    Walaupun diherdik dan dilabel ‘kejam’ susulan terjahannya di kedai dan pasar raya sekitar Melaka bagi menyelesaikan isu kekurangan beras putih tempatan ketika ini, namun Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh, tidak mempedulikan semua itu.

    Sebaliknya, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka itu berkata, tindakannya dibuat kerana tanggungjawab kepada rakyat.

    “Tanggungjawab saya menjaga kepentingan rakyat, bukan menjaga kepentingan tauke besar!

    “I don’t care! (Saya tidak peduli),” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

    Dr Akmal yang juga Adun Merlimau menasihatkan mereka yang tidak tahu apa isu sebenar dan keperitan rakyat ketika ini supaya tidak membuat ulasan.

    “Kalau tidak tahu apa isu sebenar dan keperitan rakyat di bawah lebih baik diam, dari bercakap.

    “Nampak sangat kurang cerdiknya,” katanya.

    Walaupun tidak menyebut sebarang nama, kenyataannya adalah jelas ditujukan kepada bekas Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker yang melabelkan tindakan Pemuda Umno itu sebagai sesuatu yang jelek.

    “Ini benar-benar jelek dan tidak wajar, ini bukan Little Napoleon tetapi mengingatkan saya kepada pegawai yang kejam pada zaman feudal Maharaja China,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

    Ti berkata demikian susulan pemeriksaan mengejut yang dilakukan Dr Akmal semalam ke kedai dan pasar raya serta kilang-kilang sekitar Melaka.

    Dalam video berdurasi kira-kira tiga minit yang tular di media sosial, dia dilihat bersikap tegas dengan salah seorang pengilang yang didakwa enggan menjual beras tempatan, pada harga ditetapkan RM26 untuk kampit 10 kilogram.

    Pihak pengilang dikatakan enggan mematuhi arahan kerajaan kerana atas alasan margin keuntungan yang kecil berbanding menjual beras import.

    ALSO READ:  Sultan S'gor: Kekalkan amalan tak lantik ahli politik jadi Menteri agama

    “Ini arahan kerajaan, kalau awak cakap rugi, saya tarik awak punya lesen kita bagi orang lain hantar,” kata Akmal.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts