Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPegawai k'jaan rugi RM168,000 diperdaya sindiket

    Pegawai k’jaan rugi RM168,000 diperdaya sindiket

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang pegawai wanita di sebuah agensi kerajaan kerugian RM168,000 akibat ditipu sindiket penipuan menerusi telefon yang turut menyamarkan diri sebagai Pegawai Kementerian Kesihatan (KKM).

    Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan dalam kenyataan berkata mangsa berusia 45 tahun dan berasal dari Taman Tawas Gemilang di Ipoh menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali pada 5 Januari lepas.

    Beliau berkata suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai farmasi dari KKM mendakwa mangsa telah mengambil beberapa ubat terkawal dari Hospital Georgetown, Pulau Pinang.

    “Mangsa menafikan perkara tersebut dan telah diminta oleh suspek untuk membuat laporan polis.

    “Mangsa kononnya telah disambungkan kepada “pegawai polis” dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dan dimaklumkan mempunyai rekod terlibat dengan kes penyeludupan dadah dan pengubahan wang haram,” katanya.

    Yahaya berkata bagi menyakinkan wanita itu, seorang lagi suspek yang menyamar sebagai pegawai polis dari Bukit Aman telah menghubungi mangsa dan mengarahkannya membuat pengeluaran daripada akaun simpanan berjumlah RM168,000 untuk dimasukkan ke dalam lima akaun berbeza.

    Suspek turut memberinya sepucuk surat bertulis ‘Polis Diraja Malaysia’ yang mengandungi butiran kononnya mangsa disyaki terlibat dengan kes penyeludupan dadah dan pengubahan wang haram serta waran tangkap ke atas mangsa.

    “Mangsa akhirnya menyedari dirinya telah ditipu dan membuat laporan polis semalam,” katanya dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts