Setiausaha akhbar kepada Menteri perumahan Nga Kor Ming dikatakan akan dinamakan sebagai calon DAP untuk pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu (KKB.
Menurut sumber Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao, 31, namanya akan diumumkan dalam secara rasmi di pusat khidmat wakil rakyat mereka di Taman Gamelan, KKB malam ini.
Keputusan itu dikatakan dibuat minggu lalu.
Wanita 31 tahun dari Ampang, Selangor, itu pernah bertugas penyampai berita untuk Ubah TV, saluran video milik DAP.