Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPeguam persoal kenyataan 'sangat prejudis' Anwar terhadap Daim

    Peguam persoal kenyataan ‘sangat prejudis’ Anwar terhadap Daim

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Peguam yang mewakili bekas Menteri mewangan, Daim Zainuddin, dan isterinya Na’imah Abdul Khalid menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadap pasangan tersebut sebagai ‘sangat prejudis’.

    Dalam satu kenyataan, Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh mempersoalkan kenyataan Anwar yang berterusan menyelar Daim secara terbuka.

    Ia berhubung dakwaan pengerusi PH itu bahawa pembangkang bersikap membisu terhadap usaha SPRM menyiasat golongan ‘maha kaya’ yang dikaitkan dengan isu rasuah.

    Kedua-dua peguam itu berkata Anwar sengaja memberi gambaran buruk terhadap Daim dengan membayangkan dia bersalah melakukan jenayah, walaupun ahli perniagaan itu tidak pernah disabitkan bersalah oleh mahkamah atas sebarang kesalahan.

    Peguam-peguam tersebut berkata Anwar cuba mempengaruhi orang ramai terhadap Daim dengan mengkritik pihak pembangkang kerana didakwa membisu berhubung siasatan yang sedang berlangsung.

    “Mengapa Anwar perlu menggesa pembangkang dan pihak lain untuk menyokong tindakan SPRM? Ada proses undang-undang yang telah ditetapkan di bawah Akta SPRM mengenai siasatan.

    “Proses ini tidak melibatkan sebarang perananan untuk perdana Menteri membuat kenyataan yang menghasut terhadap individu yang sedang disiasat. Proses ini harus dilaksanakan tanpa tekanan atau pengaruh dari luar,’ katanya.

    Menurut mereka, adalah tidak wajar dan tidak tidak bertanggungjawab bagi individu yang menduduki jawatan perdana Menteri membuat kenyataan berkenaan siasatan dan prosiding mahkamah yang belum selesai.

    “Kenyataan Anwar sangat memprejudiskan prosiding mahkamah yang belum selesai dan berupaya memberikan tekanan dan mempengaruhi SPRM secara tidak wajar.

    “Ia tidak menghormati dan merupakan campur tangan terhadap proses mahkamah dan siasatan. Ia menghantar isyarat bahawa kesalahan Daim sudah terbukti dan yang lain hanyalah formaliti semata-mata,” kata mereka.

    Peguam-peguam tersebut menambah Anwar harus segera berhenti membuat kenyataan sedemikian dan mengingatkan perdana Menteri itu bahawa di bawah sistem keadilan di Malaysia, setiap individu berhak mendapat perbicaraan adil dan bebas daripada sebarang campur tangan.

    ALSO READ:  'Hormat keputusan mahkamah seperti titah Sultan Selangor'

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts