Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPejuang terbuka kerjasama parti di Sabah, mungkin tanding PRN

    Pejuang terbuka kerjasama parti di Sabah, mungkin tanding PRN

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pejuang terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik di Sabah, termasuk parti dalam kerajaan ketika ini jika mereka boleh membawa nilai tambah.

    Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir dipetik Borneo Post berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan beberapa parti politik kecil di Sabah, namun masih belum bertemu pemimpin politik utama Negeri itu.

    “Kami kenal pemimpin parti politik yang aktif di Sabah secara peribadi tetapi belum ada persetujuan rasmi untuk bekerjasama,” katanya pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Pejuang Sabah semalam.

    Pejuang Sabah juga katanya, telah mengenal pasti beberapa kerusi berpotensi yang mungkin ditandingi mereka pada pilihan raya Negeri akan datang.

    “Jenama politik kita bukan semata-mata supaya kita mesti ada calon, kita bertanding di kawasan tertentu. Itu bukan matlamat akhir, iaitu bagaimana kita boleh menyumbang ke arah membantu rakyat.

    “Ia mungkin bertanding dalam pilihan raya atau cara lain. Kita tidak masuk dalam politik untuk kita mesti bertanding dalam pilihan raya. Itu bukan pendekatan kita. Dengan latar belakang itu, orang lebih bersedia menerima kita kerana mereka tahu bahawa kita tidak datang ke sana untuk membuat pelbagai tuntutan.

    “Semoga dengan cara itu, parti politik lain tidak memandang kami sebagai ancaman dan melihat kami sebagai parti yang boleh memberi sedikit nilai tambah ke arah kesejahteraan rakyat,” katanya.

    Katanya, Pejuang tidak mempunyai hasrat untuk merampas kuasa daripada sesiapa.

    Sebaliknya, parti itu berharap dapat menyumbang kepada kesejahteraan rakyat di Negeri itu.

    Pejuang katanya, telah belajar daripada pengalaman dan memberi tumpuan membina kekuatan parti serta tidak mahu campur tangan dengan parti lain, katanya.

    “Jika dahulu kita cuba bertanding di banyak kawasan, kali ini kita akan fokus kepada kawasan yang kita ada sokongan dan lihat apakah nilai tambah yang boleh kita bawa ke kawasan itu.

    ALSO READ:  Arrest, detain, repeat: the Russian war critics caught in jail 'carousel'

    “Dengan cara itu, kami boleh memaksimumkan sumber terhad kami kerana kami tidak perlu bergerak sebagai parti yang besar,” katanya.

    Ditanya sama ada mana-mana pihak tertentu di Sabah yang menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Pejuang, Mukhriz memaklumkan pihaknya mempunyai hubungan rapat dengan ramai pemimpin parti di Negeri itu, khususnya GRS.

    “Kami mempunyai hubungan rapat dengan banyak pemimpin parti utama yang aktif di Sabah, teruramanya GRS. Mereka adalah kawan lama yang telah melalui pelbagai cabaran bersama jadi adalah wajar untuk kami cuba brbincang dengan mereka semula,” katanya.

    Bagaimanapun,dia menafikan kerjsama dengan GRS di Sabah akan menamatkan hubungan parti itu dengan Perikatan Nasional (PN) kerana politik di Sabah bersifat dinamik.

    “Sabah dari perspektif politik agak autonomi. Saya tidak boleh membawa politik (gaya) semenanjung ke sini kerana keadaannya sangat berbeza. Di Semenanjung Malaysia kami sangat terbuka kepada PN dan akan menyertai kempen PN di PRK Kuala Kubu Baharu.

    “Di Sabah, ia adalah permainan bola yang berbeza sama sekali, jadi formulanya berbeza,” katanya.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts