Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPekerja boleh dipecat jika hina ketua, rakan sekerja di WhatsApp - Mahkamah...

    Pekerja boleh dipecat jika hina ketua, rakan sekerja di WhatsApp – Mahkamah Jerman

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    GLOBAL | Mahkamah Jerman di Erfurt dalam keputusan pertama seumpamanya memutuskan bahawa seorang pekerja boleh dipecat jika menghina majikan atau rakan sekerja mereka dalam kumpulan WhatsApp peribadi.

    Hakim memutuskan bahawa walaupun ahli kumpulan mungkin berkongsi komen mereka secara sulit, tetapi apabila menyentuh mengenai kenyataan menghina atau berbaur perkauman, kerahsiaan hanya terpakai dalam kes luar biasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Khamis.

    Jika kata-kata penghinaan itu diketahui umum, pekerja boleh dipecat, menurut keputusan Mahkamah Buruh Jerman selepas menimbang kes kumpulan WhatsApp di syarikat penerbangan TUIfly.

    Kes itu membabitkan sekumpulan rakan dan dua saudara lelaki yang bekerja di TUIfly yang berkongsi “penghinaan jelas”, yang belum sedia dikongsi semula oleh pegawai.

    Tujuh rakan sekerja syarikat penerbangan itu bertukar-tukar mesej WhatsApp selama beberapa tahun, menghina satu sama lain dan mereka yang bukan sebahagian daripada kumpulan sembang itu.

    Mereka berkongsi kenyataan menghina, berbaur perkauman, tidak berperikemanusiaan dan seksis serta menggalakkan keganasan, dengan ugutan untuk “menumbuk muka orang”.

    Sebahagian daripada sejarah sembang mereka telah disalin dan dihantar kepada majlis kerja dan pengurus kakitangan yang akhirnya menyebabkan mereka dipecat.

    Mahkamah buruh sedang menimbang keputusan mahkamah rendah itu yang mendapati ahli kumpulan tersebut mempercayai bahawa sesi sembang mereka sah dan rahsia.

    Mahkamah mendapati kumpulan sembang, sama ada merupakan komunikasi yang dilindungi dan sulit, bergantung kepada jenis mesej dan saiz serta komposisi kumpulan itu.

    – Bernama-dpa

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts