Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPekerja kilang belacan didakwa bunuh orang di tepi jalan

    Pekerja kilang belacan didakwa bunuh orang di tepi jalan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret di Teluk Intan hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki, awal bulan ini.

    D. Tanabalan, 42, hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan, kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

    Lelaki itu didakwa membunuh S. Sundaraj, 32, di tepi jalan Taman Dato’ Nazri Langkap di Teluk Intan pada kira-kira pukul 6.30 petang hingga 8 malam, pada 5 April.

    Tanabalan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati hendaklah dikenakan tidak kurang daripada 12 sebatan jika sabit kesalahan.

    Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izzudin Fakri Hamdan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Majistret T. Ashvinii, menetapkan 15 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts