Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPekerja sambilan mengaku tidak bersalah fitnah TYT Melaka, mufti

    Pekerja sambilan mengaku tidak bersalah fitnah TYT Melaka, mufti

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas pertuduhan menghina Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mufti Melaka dan Pengerusi Melaka Sentral Sdn Bhd pada dua tahun lepas.

    Abdul Razak Osman, 53, didakwa melakukan kesalahan itu menerusi rakaman video aplikasi TikTok yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @othmanhamidjunior dalam kumpulan aplikasi WhatsApp yang ditonton di No 6, Lorong 1, Jalan SD 2/21, Taman Seri Duyong, Melaka.

    Pekerja sambilan itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan pada jam 3.30 petang 21 Nov 2022. Dia didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

    Timbalan pendakwa raya Farah Nabihah Sofian menawarkan jaminan RM7,000 kepada Abdul Razak namun peguam tertuduh, K Shareveen, memohon jaminan dikurangkan kerana tertuduh tidak mempunyai pekerjaan tetap dengan pendapatan bulanan sekitar RM1,500.

    Shareveen berkata anak guamnya menghidap penyakit jantung selain menjadi penyara tunggal dua anak yang berusia 24 dan 19 tahun yang masih belajar di universiti, serta ibu mentua yang sudah tua.

    Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dan menetapkan 14 Mac depan untuk tarikh sebutan semula kes.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts